suria

Tegur aircond jiran bising sebab air menitik atas awning, individu huni flat dihalau duduk rumah teres

Pemasangan pendingin hawa perlulah dilakukan dengan betul untuk mengelakkan timbulnya masalah dengan jiran. -Gambar hiasan

HIDUP berjiran perlu ada sikap saling menghormati, bertolak ansur dan tidak sesekali melakukan perkara yang boleh menimbulkan rasa kurang senang pihak lain.

Di media sosial, terlalu banyak perkongsian warga maya mengenai kerenah jiran masing-masing yang bersikap penting diri sehingga akhirnya mencetuskan perselisihan faham.

Lazimnya kita dipaparkan dengan pergaduhan melibatkan isu ruang parkir, kebersihan, haiwan peliharaan dan sebagainya.

Bagaimanapun dalam satu hantaran di Facebook baru-baru ini, seorang individu berkongsi kisahnya yang bermasam muka dengan jiran gara-gara penyaman udara.

jiran 2

Menetap di kawasan kejiranan terutama rumah bertingkat perlulah mempunyai sikap tolak ansur. -Gambar hiasan

"Rumah flat saya tingkat dua. Jiran atas pasang aircond, air menitik dekat awning jiran bawah.

"Masalahnya (timbulkan) bunyi bising dekat rumah saya. Bila ditegur, dia panjangkan getah saluran air sampai ke awning jiran bawah... tak ada la bunyi bising.

"Tapi baru-baru ini dia ubah letak getah paip dekat atas tingkap dia... air menitik dekat atas tingkap saya, (dan) menitik ke awning jiran bawah... memang bunyi bisinglah," kongsinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru pindah rumah, jiran sebelah reka cerita hantu! Makin toksik cari gaduh isu sisa dalam tong sampah

ARTIKEL BERKAITAN: Jiran geram laman rumah penuh daun pokok sebelah, ranting atas kereta... Ramai kongsi tip ‘kasi settle’, tapi ini nasihat UAI

Menurut individu berkenaan, dia mengambil pendekatan untuk menegur jirannya yang juga pemilik penyaman udara, namun jawapan yang diterima benar-benar menyakitkan hati.

"Bila saya inform, dia dah tak peduli. Dia cakap 'tak nak bising pergi duduk rumah teres'," ujarnya dalam satu laman grup Facebook.

Dalam masa yang sama, individu tersebut meminta pandangan warga maya mengenai tindakan yang harus dilakukannya.

Pindah sajalah awak. Saya dulu banyak issue duduk rumah flat. Lastly, saya pindah duduk rumah bawah.

NETIZEN

Menjengah ruangan komen, ramai warga maya meluahkan rasa simpati kerana individu berkenaan seolah-olah menjadi 'mangsa keadaan' di antara dua jirannya.

Memahami situasi yang dialami, mereka tampil memberikan pelbagai cadangan serta pandangan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapinya.

jiran new 1

Salah satu adab berjiran adalah saling menghormati dan mengambil berat antara satu sama lain. -Gambar hiasan

"Berdasarkan cerita, awning bawah tu macam jiran bawah yang punya. Beliau (confessor) punya rumah tersepit tengah-tengah antara dua pelaku (jiran) tersebut.

"Cara paling cepat, akak baling kain batik dekat atas awning jiran bawah tu, tempat air aircond jatuh. Tenanglah tidur seketika. Dalam masa sama, buat report jiran buat renovation (awning).

"Better puan buat report ke PBT. Pemilik tingkat satu mana boleh suka-suka tambah awning dekat rumah flat? Ada dia mendapat kebenaran PBT ke untuk buat binaan tambahan kekal?

"Pindah sajalah awak. Saya dulu banyak issue duduk rumah flat. Lastly, saya pindah duduk rumah bawah. Aman terus hidup saya sampai sekarang. Alhamdulillah," demikian komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain