suria

Bapa tuduh anak tak kuat sembahyang punca cucu lambat bercakap... Hantar ‘speech therapy’ pun salah, anggar bazir duit!

Perkembangan setiap bayi atau kanak-kanak perlu dipantau ibu bapa agar sebarang situasi tidak normal dapat diatasi. -Gambar hiasan

JIWA seorang ibu sememangnya mudah sensitif apatah lagi apabila ia berkaitan dengan zuriat.

Demikianlah juga dengan situasi seorang wanita ini bila mana ahli keluarga terdekat sendiri langsung tidak memberi sokongan terhadap usahanya yang cuba memulihkan masalah lambat bercakap atau speech delay yang dialami anak kecilnya.

Menerusi luahan yang dikongsikan di laman X, wanita tersebut mengakui dia sedih dan terkilan apabila bapanya sendiri memperlekeh usaha yang dilakukan untuk anaknya yang kini menginjak usia tiga tahun.

"Saya dengan husband dah bawa dia (anak) pergi occupational therapy and speech therapy tanpa gagal.

"Masalahnya bapa saya macam pertikai semua benda yang saya buat untuk anak. Setiap kali balik kampung mesti dia tanya anak saya belajar apa je dekat therapy dan saya explain details.

"Tapi dia cakap cikgu tu semua tak boleh pakai, membazir je duit hantar.

"Saya pertahan keputusan kami suami isteri untuk hantar anak kami pergi therapy. Kami dengan anak 24 jam, bukan orang lain dan kami sendiri yang saksikan improvement dia selepas pergi therapy," luahnya.

bapa 1

Tiada ibu yang sanggup menerima kata-kata negatif mengenai zuriat mereka. -Gambar hiasan

Namun apa yang membuatkan wanita ini bertambah sedih adalah apabila bapanya mengaitkan masalah yang dihadapi anak kecilnya itu adalah disebabkan dia kurang beribadah.

"Bapa saya cakap, saya tak kuat sembahyang sebab tu anak jadi macam tu. Bapa cakap lagi, saya sebagai mak solat tu therapy terbaik untuk anak, bukan bagi anak main kotor (messy play).

"Kenapa bapa saya nak cakap budak-budak yang special needs macam speech delay, autism dan lain-lain sebab mak ayah mereka tak kuat sembahyang ke atau tak sembahyang langsung?

"Mungkin lepas ni kalau nak solat, saya kena ambil video and update dalam group family," luahnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dah plan cantik, tiba-tiba cacat” - Suami isteri malu zuriat pertama autisme, meratap fikir apa salah dan dosa

ARTIKEL BERKAITAN: Nasib anak autisme, dilayan buruk beraya di kampung... Ibu tak sanggup tengok asyik kena marah, dituduh hilangkan barang kemas

Sudahlah diuji dengan anak yang mengalami masalah, tambahnya, ketiadaan sokongan moral daripada keluarga serta orang terdekat menambahkan lagi tekanan perasaan yang dialami.

Bapa awak adalah ujian untuk awak. Jangan patah semangat ya.

NETIZEN

"Salah ke kami sanggup berhabis duit dan kerahkan segala tenaga kami untuk lakukan yang terbaik buat anak kami macam hantar dia pergi therapy semua tu?

"Selain solat dan doa bersungguh-sungguh, tak salah pun rasanya kalau kami ikhtiar dekat lain jugak.

"Kalau orang luar yang pertikai usaha kami, mungkin saya boleh pekakkan telinga tapi ini your own family cakap macam tu... serious sakit. Siapa lagi nak bagi you moral support kalau bukan your family?" luahnya lagi.

Ruangan komen pada perkongsian itu dibanjiri dengan luahan simpati warga maya terhadap nasib wanita berkenaan.

komen bapa

Rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat buat individu berkenaan.

Rata-ratanya menasihatkan wanita berkenaan supaya tidak ambil pusing dengan kata-kata negatif dan mendoakan dirinya terus kuat serta tidak berputus asa melakukan ikhtiar buat anaknya.

"Adalah lebih baik untuk awak dan anak jauhkan diri daripada bapa buat sementara waktu. Bukan putuskan silaturrahim ya. Demi ketenangan jiwa dan fikiran, stop jumpa buat sementara waktu.

"Apa yang anon buat dekat anak tu dah terbaik dah. Keep doing and move out.

"Bapa awak adalah ujian untuk awak. Jangan patah semangat ya. Focus on your child. Bapa awak dah masuk era purba. Dia tak cakna masalah macam tu sebab tak ada pendedahan pada zaman dia," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain