BAGI pasangan yang berkahwin, tiada seorang pun mahukan penceraian apatah lagi mereka yang mempunyai zuriat. Penceraian dianggap sebagai sesuatu yang buruk bagi pasangan suami isteri, maka tidak hairanlah ada yang menyembunyikan perkara ini daripada pengetahuan anak, terutama yang masih kecil. Seorang gadis tampil menceritakan tentang kisah hidupnya sebagai anak dalam rumah tangga yang porak peranda. Menurut gadis itu, sepanjang hidup bersama ibu, dia tidak pernah tahu tentang kewujudan lelaki bergelar 'bapa' memandangkan dia dibesarkan oleh nenek sebelah ibunya. Namun perasaan ingin tahu muncul tatkala dia bersekolah rendah kerana namanya berbintikan individu lelaki, bukannya Abdullah. Tidak mudah bagi ibu bapa bercerita tentang penceraian kepada anak-anak . -Gambar hiasan "Hari-hari aku tanya nenek betulkah aku ada ayah, sebab kalau tak ada ayah mesti nama aku berbinti Abdullah. "Aku push sampai nenek aku contact dengan keluarga bapa aku dan keesokannya bapa aku terus datang. "Nenek selalu pesan jangan bagitahu mama (ibu kandung) nanti tak boleh jumpa dah bapa," kata gadis tersebut yang kisahnya dikongsi di laman X. Bertemu dengan bapa kandung membuatkan gadis ini berasa gembira dan bahagia apatah lagi melihat kesungguhannya memandu berulang alik dari Kuala Lumpur ke Kedah demi berjumpa dengannya selama beberapa bulan. Lama kelamaan perasaan untuk tinggal bersama bapanya semakin menebal dan segalanya berubah apabila pada suatu hari dia marahkan ibunya yang dianggap mungkir janji. "Sekali tu my mom janji nak balik kampung dan makan dekat luar tapi cancel sebab dia jatuh tangga dan terseliuh. "Aku marah besar, bagi aku my mom selalu kata 'tidak', bapa saja yang sayangkan aku dan aku beritahu my mom nak tinggal dengan bapa. "Bapa pula cakap aunty baik, kakak-kakak aku semua baik," katanya sambil menambah dia tidak tahu tentang reaksi ibunya apabila berpindah dan tinggal dengan 'keluarga baharu'. Selepas bertahun mendapat layanan istimewa daripada bapa dan ibu tirinya, gadis tersebut terfikir kenapa ibunya sanggup menjadi isteri kedua dan menganggap wanita itu merampas kebahagiaan orang lain. Malah dia turut mengakui berasa benci dengan sikap ibunya sehingga sanggup bertindak keterlaluan. ARTIKEL BERKAITAN: Ibu tiada pendapatan akan hilang hak penjagaan anak jika bercerai? Ini jawab peguam syarie ARTIKEL BERKAITAN: Tak tunjuk sedih, anak akui terkesan ibu baru bercerai urus kedai makan sendirian sampai lewat malam - “Bila terbayang, rasa nak keluar air mata” "Aku pelik kenapa mama sanggup jadi isteri kedua padahal dia tahu yang bapa cinta mati dekat ibu (ibu tiri). "Aku selalu mengamuk kalau dia tak nak ikut majlis hari jadi kakak-kakak aku, maki sebab tak beraya dengan family. "Pernah tak ambil dia (ibu kandung) dari stesen bas sebab dia tak mahu ikut kenduri anniversary bapa," kata gadis tersebut. Suatu hari, terbongkar cerita sebenar apabila dia diberitahu bahawa ibunya adalah isteri pertama dan bapanya telah curang dengan menjalinkan hubungan dengan ibu tirinya sehingga mempunyai dua anak luar nikah dan tiga anak sah. Gadis itu berkata, ketika bercerai, bapanya tidak tahu ibunya sedang mengandungkan dirinya, Tambah gadis itu lagi, ibu tirinya pernah menyerang dan memaksa ibunya bercerai kerana mendakwa dirinya sudah bernikah dengan membawa sijil lahir anak dan sijil nikah bersama bapanya. Kalau diberi peluang kedua aku tak nak kenal bapa aku. ANAK Mengetahui perkara sebenar membuatkan gadis ini berasa menyesal kerana membenci ibu dan mengagung-agungkan bapanya lantas dia memutuskan berpindah ke rumah sewa. Dia juga berasa tertipu apabila merasakan bapanya memiliki sebuah keluarga yang sempurna dan ibunya menjadi 'orang ketiga'. "Kalau diberi peluang kedua aku tak nak kenal bapa aku. "Bapa aku tak tahu ibu mengandung, ibu sengaja sembunyikan sebab tak mahu tuntut apa-apa dan tidak mahu ada kaitan langsung. "Aku pernah cakap dekat dia yang dia buruk sebab balasan kacau kebahagiaan aunty. "Mak aku baikkan, entah apa dosa dia dapat anak macam aku," katanya sambil menambah ibunya merupakan seorang wanita yang cantik dan ceria. Walaupun tinggal di rumah sewa, bapanya tetap datang menjenguknya dan dia terpaksa melayan lelaki itu dengan baik walau marah mengenangkan apa yang telah dilakukan terhadap ibu. Antara komen warganet. Jelas gadis itu, ibunya turut berpesan untuk sentiasa berbuat baik dengan bapa walaupun telah mengetahui apa yang berlaku. Selepas tahu cerita yang sebenar, dia juga meinta maaf daripada ibunya tetapi wanita itu menganggap dirinya yang bersalah dalam hal ini. Luahan gadis berkenaan yang dikongsikan di laman X @meinmokhtar mendapat pelbagai komen dan reaksi. Kebanyakannya tidak berpuas hati dengan tindakan gadis tersebut kerana biadab dengan ibu kandung demi mencari kebahagiaan diri. "Kebodohan anon is out of the world. Kesian mak dia. "Kecewanya seorang insan yang bertarung nyawa untuk lahirkan anon tapi dikhianati macam tu je..Syabas anon buat geng yang dah tiada mak ni rasa marah dan benci dekat perangai kau tu. "Bapa borek anak rintik. Kesian mak hang anon. Ni memang minta kena maki tau," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube