suria

Ibu menangis anak terbantut selera hidu ayam busuk! Basuh, goreng semula untuk makan... Tetap doa pemberi murah rezeki

Jangan bersedekah makanan basi kerana perbuatan ini umpama menganiaya penerima. -Gambar hiasan

BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul bebanan.

Ramai netizen meluahkan rasa sayu selepas seorang ibu tunggal berkongsi kisah menerima sedekah makanan basi pada Ahad.

Menerusi hantaran di TikTok, wanita itu berkata dia tetap bersyukur atas sikap baik individu itu yang sudi bersedekah makanan untuk keluarganya.

An elderly women living on her own at her house in Gombak.(6/7/2023). —AZHAR MAHFOF/The Star

Ibu tunggal berdepan cabaran untuk membesarkan anak-anak tanpa suami. -Gambar hiasan

"Orang sedekah nasi dan lauk yang berlendir dan basi. Alhamdulillah terima apa adanya. Saya sedar kedudukan saya, nasib si orang miskin.

"Kepada hamba Allah yang berkongsi rezeki kepada saya, terima kasih banyak-banyak," ujar wanita itu yang menetap di Pasir Putih, Kelantan.

Memilih untuk tidak membazir, ibu kepada dua cahaya mata itu berkata dia cuba membersihkan dan memasak semula lauk ayam yang basi itu.

Ayam sahaja saya ambil basuh dan goreng semula sebab sayang makanan tu.

IBU TUNGGAL

"Saya tadi meleleh air mata sebab anak-anak bersungguh buka lauk. Dia tanya kenapa ayam tu berbau? Sebak rasa. Saya terangkan sekian-sekian, baru dia okay balik.

"Ayam sahaja saya ambil basuh dan goreng semula sebab sayang makanan tu. Tak apalah rezeki Allah bagi, saya ikhlas, terima seadanya. Semoga awak (pemberi) dimurahkan rezeki.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami baran tengking isteri depan rezeki, nasi baru masak dikata basi... Anak sedih ibu berpanas naik motor beli makanan ganti

ARTIKEL BERKAITAN: Lauk macam dipanaskan banyak kali! Pelanggan serik simpati, support peniaga kedai lengang... Terjawab punca makanan tak laku

"Mungkin dia pun tak tahu nasi tu lembik, basi dah. Tak apa, saya bersangka baik. Itu kan rezeki. Mungkin dia pun tak tahu makanan tu rosak. Itukan rezeki, nak buang sayang. Makan je la," ujarnya.

Di ruangan komen, ramai netizen memberi kata-kata semangat buat wanita itu dan menyuarakan hasrat untuk bersedekah kepadanya.

"Mungkin dia mahu berbagi rezeki bersama awak sekeluarga.. Tak terlintas pun akan jadi begitu.

"Saya pernah lalui. Makanan yang tak habis dan basi, jiran panaskan bagi pada saya.

Pic of kids with better food as well balance food where have vege, rice, egg and fruits, for News page one story on malnutrition kids as eating habbits. -—KAMARUL ARIFFIN/The Star

Kanak-kanak memerlukan makanan yang lengkap nutrisi. -Gambar hiasan

"Sedih baca kisah awak. Apabila melibatkan anak-anak, lagi cepat nak menangis," tulis netizen.

Sebagai peringatan, bersedekah merupakan satu amalan yang mulia yang digalakkan dalam Islam.

Namun apa yang berlaku dalam masyarakat hari ini adalah ramai yang bersedekah selepas sesuatu barang atau makanan itu sudah tidak dikehendaki lagi.

Ia jelas sekali bertentangan dengan adab berkongsi rezeki atau bersedekah iaitu memberikan sesuatu yang masih baharu dan tidak rosak.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain