suria

Tinggal dengan atuk di kampung, ahli keluarga cuma pandai bagi arahan, kritik sedap mulut dari jauh - “Nak je aku suruh balik jaga”

Kesabaran tahap tinggi diperlukan dalam menjaga warga emas. -Gambar hiasan

TIDAK semua sumbangan kita akan dihargai oleh ahli keluarga, meskipun banyak yang sudah dikorbankan.

Situasi sedemikian sedikit sebanyak pasti mengguris hati dan perasaan, seolah diri ini tidak mempunyai kepentingannya.

Melalui satu hantaran di laman X, seorang lelaki mengimbas kenangan pahit ketika dia menggalas tanggungjawab untuk menjaga arwah datuknya yang uzur.

Warga emas adalah seperti anak kecil yang dewasa. -Gambar hiasan

Menurut lelaki itu, ramai dalam keluarganya bersifat lepas tangan dan hanya tahu menyampaikan arahan.

"Keluarga atau adik-beradik yang duduk jauh tahu menyuruh je. Kalau atuk sakit, mereka cuma cakap, bawa la pergi hospital. Lepas tu bila balik kampung, suka kritik itu ini, rumah tak bersihkan ke, kenapa bersepah dan bau hancing?

"Mereka tak pernah fikir ke penat kami yang menjaga ni, kami 24 jam satu hari memang tak cukup masa. Yang banyak bercakap tu nak je aku suruh balik jaga.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak tak boleh lama di rumah mak ayah! Masuk hari ketiga dah mental koyak, buat baik pun tetap nampak salah

ARTIKEL BERKAITAN: Menyusahkan! Bapa merungut beratur panjang beli buku anak, pelik pihak sekolah dah lama urus tapi tak pandai-pandai

"Kalau nampak muka pun cuma waktu sembang bab harta, masing-masing la nak berebut. Tapi kalau pasal tanggungjawab, semua buat tak tahu je. Lepas tu bila apa-apa jadi, kami juga yang disalahkan macam kami tak pandai jaga atuk.

"Banyak sebenarnya yang terbuku dalam hati tapi tak boleh disuarakan, sebab dengan keluarga ni lain, tak boleh main 'sembur' je nanti ada yang makan hati. Kalau dengan orang luar, boleh terus-terang cakap apa yang kita rasa," kata lelaki itu.

Tambah lelaki tersebut, dia tidak pernah berkira namun tahap kesabarannya juga mempunyai batas.

Biasanya yang jadi mangsa untuk jaga ibu bapa adalah mereka yang belum berkahwin dan masih muda tanpa komitmen.

WARGA MAYA

"Aku tak pernah berkira atau mengeluh, tapi kadang tu aku nak je sebut dekat keluarga satu-satu apa yang aku dah korbankan ketika jaga atuk. Sinilah aku sebutkan sikit.

"Dulu aku pernah jaga atuk dekat hospital sebab dia tengah sakit, nak dijadikan cerita ada satu hari tu aku kena masuk kerja. Aku pun cuba hubungi sepupu aku kalau dia boleh tolong gantikan, tapi dia tak balas pun.

"Maka aku cuba bahagikan masa antara jaga atuk dengan kehidupan aku. Dengan waktu tu aku tengah belajar, terkejar-kejar sana sini. Tidur merata tempat sampai atas lantai, sakit badan ni.

"Walaupun semua keperitan yang aku rasa, aku hargai masa yang aku ada dengan atuk. Dapat jaga makan minum dia, itu satu kenangan yang terindah," kata lelaki itu menutup bicara.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya berkongsi pengalaman sama ketika menjaga ibu bapa atau warga emas yang uzur.

"Fahamilah tugas menjaga orang tua itu bukannya mudah, benda main fizikal dan mental. Bantulah ringankan beban daripada segi kewangan dan lain-lain, jangan serahkan bulat-bulat kepada yang menjaga. Paling penting, mulut tu jaga.

"Setiap keluarga mesti ada yang berperangai begini, biasanya yang jadi mangsa untuk jaga ibu bapa adalah mereka yang belum berkahwin dan masih muda tanpa komitmen.

"10 orang anak pun belum tentu boleh jaga seorang bapa atau ibu, sedih fikirkan," kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain