KUALITI serta kesedapan makanan semata-mata tidak dapat menjamin kelangsungan perniagaan sesebuah restoran atau kedai makan. Ini kerana layanan daripada peniaga juga memainkan peranan penting untuk terus memikat hati pelanggan. Di Facebook, seorang individu meraih perhatian selepas dia berkongsi tangkap layar perbualannya dengan seorang peniaga makanan. Tangkap layar perbualan peniaga dan pelanggan itu. Dalam perkongsian itu, pelanggan berkenaan meluahkan rasa kesal apabila pertanyaannya dijawab dengan sinis oleh peniaga. "Assalamualaikum, kedai buka hari ini?" tanya pelanggan itu menerusi aplikasi WhatsApp. "Buka... 24 jam tak tutup," balas peniaga itu pula. Kita nak support sesama Melayu tapi macam ni dibalasnya. PELANGGAN Untuk mendapatkan kepastian, pelanggan itu sekali lagi bertanya dan menyatakan hasratnya untuk membeli sebungkus nasi goreng. "Betul ke buka? Kalau ya, saya nak order nasi goreng ayam satu," ujarnya. "Okey... esok pukul 5 ambil," balas peniaga itu pula. ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda tercengang jumpa peniaga ‘mulut laser’, disindir pokai kerana beli nasi putih kosong... Paling merepek caj RM4 sebungkus! ARTIKEL BERKAITAN: Dua kali kena aniaya, peniaga terus ‘blocked’ pelanggan biadab! Suka hati suruh COD Thai salad roll hari lain Berang dengan jawapan yang diterima, pelanggan itu berkongsi perbualan berkenaan di Facebook, namun dia memilih untuk merahsiakan nama kedai berkenaan. "Anda semua rasa, agak-agak baran tak dapat orang macam ni? Kita chat nak tanya kedai buka ke tidak sebab nak order. "Kita pun selalu support kedainya. Sebab sedap. Tapi kadang-kadang dia balas macam ni, macam mempersenda kita pula. "Boleh je cakap kedai tutup, esok buka. Ni sebolah-bolehnya siap cakap buka 24 jam, tak tutup," luah pelanggan itu. Dalam hantaran sama, dia berkata niatnya hanya mahu menyokong bisnes kaum sendiri, namun tidak menyangka menerima layanan sedemikian rupa. Selain kualiti makanan, layanan peniaga juga memainkan peranan penting untuk menarik pelanggan. -Gambar hiasan "Kita nak support sesama Melayu tapi macam ni dibalasnya. Kalau anda ada nampak saya terkasar bahasa dalam gambar (tangkap layar) ni, boleh tegur, saya terima," kongsinya menerusi Facebook. Hantaran berkenaan turut menerima pelbagai reaksi netizen. "Kenapalah peniaga ni jawab macam ni? Jawablah baik-baik. Kan Allah nak bagi rezeki tu? "Kalau aku la, dah tanya buka ke tak tapi tak ada reply, aku cari kedai lain. Banyak lagi kedai makan yang sedap-sedap. "Kau pun satu. Orang tu tak reply, anggap je la tutup. Banyak kali chat dan call, mungkin orang tu baru nak berehat atau dia tak sihat ke. Carilah kedai lain," ujar netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube