SETIAP pekerjaan pasti ada kekangan dan cabaran tersendiri, namun ia yang perlu dilalui dengan tenang dan sabar. Seperti yang dikongsi seorang pemandu e-hailing wanita ini, pengalaman membawa penumpang yang agak ramah dan 'terbuka' dalam berbicara membuatkan dia sedikit takut dan cemas. Menurutnya yang menawarkan perkhidmatan di sekitar Senai, Johor itu, dia terkejut apabila penumpang berkenaan meminta susu badan miliknya. "Saya pernah dapat seorang pelanggan perempuan. Dalam perjalanan dia tanya saya mengenai kerja sebagai pemandu e-hailing. Katanya jarang nampak pemandu perempuan. Pemandu e-hailing banyak berkongsi kisah berdepan dengan pelbagai ragam penumpang. -Gambar hiasan "Saya pun berbual macam biasa. Lepas tu dia tanya saya ada anak atau tidak. Kemudian dia tanya saya anak minum susu apa? Saya cakap campur-campur... kadang-kadang susu formula dan susu badan. "Dia tanya lagi bila masa saya pam susu sebab kerja sampai petang. Saya cakap tengok keadaan... tiga jam sekali saya pam susu dan sambung balik buat kerja. Tapi dia asyik tanya mengenai cara saya pam susu," katanya dalam satu hantaran di TikTok. Perbualan tentang susu badan tidak terhenti di situ apabila penumpang tersebut masih bertanyakan pelbagai soalan lain kepada pemandu wanita berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Pakcik pemandu e-hailing bagi nasihat cinta, larang main kayu tiga! - “Sekali curang pasti sukar pasangan nak percaya” ARTIKEL BERKAITAN: Gian nak tengok ibu-ibu perah susu, lelaki gila seks menyamar jadi kaunselor laktasi... Siap ajak ‘video call’ nak periksa payudara! Lebih membuatkan dia berasa takut apabila penumpang berkenaan secara tiba-tiba meminta susu badan miliknya. "Apa yang buatkan saya terus rasa takut adalah ketika dia minta susu badan yang baru diperah. "Lepas tu saya... (terdiam). Saya pernah dengar mengenai ibu susuan (menyusukan anak orang lain dengan susu badan) tu tapi ia hanya bagus (diberikan) kalau kita kenal orang tu. Supaya talian ikatan persaudaraan tu tak putus. "Ini tidak... saya tak kenal dia tu siapa. Dia pun tak kenal saya. Lepas tu dia nak minta susu saya on the spot (sekarang). Macam saya tengah perah atau masuk botol... dia nak minta yang tu," ujarnya. Jawab je hal susu ni tak boleh bagi sebarangan... kena minta izin suami. NETIZEN Bercerita lanjut mengenai pengalaman tersebut, wanita itu mengakui terkedu kerana tidak tahu cara untuk memberi respons terhadap permintaan penumpang berkenaan. Walaupun pelbagai alasan diberikan kepadanya namun ternyata usaha pemandu tersebut gagal apabila dia tetap 'berkeras' dengan keinginannya. "Saya beritahu yang susu belum dipam lagi. Kemudian dia cakap tak mengapa, dia nak tunggu. Eh, belum masanya saya nak pam pun lagi. Kalau saya nak pam pun, takkan la saya nak bagi. "Ini (susu) untuk anak saya. Sudah la benda ni sensitif nak berbual dengan orang tak dikenali. Masa tu saya sudah terkumat-kamit baca ayat Kursi. "Saya cuba tenangkan diri. Saya matikan perbualan dengan beritahu nanti ada la orang yang boleh bagi anak dia susu. Sebaik sahaja dia sampai ke destinasi dan turun kereta, saya terus kunci pintu dan gerak meninggalkan lokasi berkenaan," ujarnya. Komen netizen pada hantaran dikongsikan di TikTok. Perkongsian detik-detik mendebarkan yang dilalui pemandu berkenaan turut mengundang pelbagai tanda tanya dalam kalangan netizen. Rata-ratanya cuba membuat spekulasi tentang tujuan sebenar penumpang misteri itu meminta susu badan kepada pemandu tersebut. "Sis jawab je hal susu ni tak boleh bagi sebarangan. Kena minta izin suami untuk bagi susu dekat anak orang lain. "Pelik dan menakutkan. Saya mungkin tanya nak buat apa dengan susu tu. Mungkin dia nak buat ubat mata. Sebab ada petua guna susu ibu. "Untuk apa dia nak guna... untuk kulit ke baby? Dia tak ada kawan ke. Kalau untuk kulit minta la sikit dekat kawan dia. Untuk bayi tak kenal, suruh pergi tanya hospital atau grup Fscebook yang bagi susu badan rasmi," komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube