MENGGUNAKAN alasan kenaikan harga barang, segelintir individu membuat keputusan untuk memohon pinjaman peribadi bagi meneruskan kelangsungan hidup. Malah segelintir daripada mereka sanggup menambah beban hutang meskipun menyedari komitmen bulanan sedia ada sudah terlalu tinggi. Situasi itu ternyata mengejutkan seorang wanita apabila berhadapan dengan penjawat awam yang mahu membuat permohonan pinjaman peribadi sedangkan hutangnya keliling pinggang. Seorang wanita meneliti permohonan pinjaman peribadi. -Gambar hiasan Wanita itu yang dipercayai berkhidmat di sebuah institusi kewangan meluahkan perkara tersebut selepas meneliti butiran berdasarkan slip gaji pemohon berkenaan. “Ada pekerja kerajaan nak buat pinjaman peribadi. Kemudian saya minta butiran dan sebagainya. Ya Allah... gaji dia daripada RM4,500 ditolak itu ini, tinggal RM700 bersih je. “Potongan sebanyak RM3,800. Gila!” katanya menerusi satu hantaran di laman X. ARTIKEL BERKAITAN: Bakal mentua mata duitan! Minta ‘up’ wang hantaran ikut kenaikan gaji calon menantu kerja gomen... Naik 4K jadi RM18,000! ARTIKEL BERKAITAN: “Untung jadi cikgu, tiba-tiba gaji naik” - Pemuda sindir guru, bangkit isu kerja separuh hari... Siap sentuh banyak cuti sepanjang tahun Tidak mendedahkan jumlah pinjaman yang dimohon, wanita itu berkata pemohon sudah mempunyai beberapa komitmen bulanan, selain sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. “Daripada jumlah besar, tinggal sikit macam tu kasihan tau. Senang buat pinjaman, sekali dah terikat dengan pinjaman, bayaran bulanan macam cekik diri sendiri. “Inilah yang terjadi apabila komitmen melebihi keperluan. Dah reach limit, lagi nak buat pinjaman baharu,” katanya lagi. Seorang lelaki mengira komitmen bulanannya. -Gambar hiasan Dalam pada itu, status permohonan yang dibuat oleh penjawat awam terbabit sebagaimana yang dikongsi wanita itu menjadi persoalan netizen sama ada ia diluluskan atau tidak. “Auto tak lepas sebab jumlah minimum untuk pinjaman sekurang-kurangnya ada gaji bersih RM2,500,” jawab wanita itu secara ringkas. Menerusi ruangan ciapan balas, rata-rata netizen turut terkejut dengan pendedahan itu, namun pada masa sama bersimpati terhadap nasib yang menimpa pemohon berkenaan. Ramai yang ada mindset kerja kerajaan mudah nak buat pinjaman. NETIZEN Malah ada yang mengaitkan keputusannya untuk membuat pinjaman susulan pengumuman berita baik daripada kerajaan pada 1 Mei lalu mengenai kenaikan gaji penjawat awam melebihi 13 peratus mulai Disember ini. “Sedih betul tengok slip gaji macam ni. Malah, cikgu pun ada yang hutang sana sini. Ada yang tolak di luar slip gaji. Macam mana la mereka nak survive? “Ramai yang ada mindset kerja kerajaan mudah nak buat pinjaman. Mungkin itu salah satu penyebab keberhutangan tinggi dalam kalangan kakitangan awam. Antara komen netizen. “Baki tinggal RM700 pun nak 'hentak' lagi pinjaman peribadi? Benda apa yang sibuk buat hutang tu? Kalau bayar rumah RM2,000, pakai kereta Myvi sudahlah,” demikian antara komen netizen. Dalam pada itu ada juga yang menyuarakan pandangan tentang beberapa faktor segelintir pemohon membuat pinjaman peribadi, iaitu sama ada kehendak sendiri, keperluan keluarga seperti rawatan kesihatan atu demi memenuhi permintaan pihak lain seperti kekasih. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube