LIF merupakan prasarana yang disediakan untuk kemudahan orang ramai di bangunan yang bertingkat lima dan ke atas. Namun bagi mereka yang menetap di rumah pangsa, ada kalanya lif mengalami gangguan yang boleh menyulitkan urusan seharian seperti kerosakan atau penyelenggaraan mengejut. Di TikTok tular tentang kemudahan lif di sebuah kediaman jenis flat yang dilihat mempunyai satu ciri unik, sehingga mengelirukan pelawat. Sebuah lif menimbulkan persoalan dalam kalangan warga maya. Difahamkan lif berkenaan hanya mempunyai akses ke aras berangka ganjil dan melangkau tingkat bernombor genap. Menerusi video tersebut, kedengaran perbualan seorang penghantar makanan yang tercengang dengan keadaan itu. "Aku jumpa satu lif ni, kau tengok butang dia. Apahal ada aras 3, 5, 7, 9, 11, 13 je. Kalau nak pergi tingkat 10 macam mana? ARTIKEL BERKAITAN: Ramai teruja tengok kondo ada lif ‘private’, buka pintu terus masuk rumah... Sesuai untuk antisosial dan introvert, tak perlu jumpa jiran ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda enggan mengalah dengan geng tolak ‘stroller’ tunggu lif, tak layak dilayan macam OKU berkerusi roda - “Buat anak tu pilihan” "Tengok lif sebelah pun sama, boleh pergi aras nombor ganjil je. Yang lif lagi satu baru boleh pergi semua aras macam biasa. Di sini semua sekali ada tiga lif. "Kenapa kena ada konsep macam ni, sesiapa boleh tolong terangkan... pelik "Dah kena turun tangga setingkat untuk dapat nombor genap," soal lelaki itu teruja. Menjengah ke ruangan komen, warga maya berkata lif dengan konsep sedemikian akan diaplikasikan untuk kawasan yang penduduknya berkepadatan tinggi. Kalau main masuk je lif tanpa baca dulu papan tanda, mesti panik sebab ada sesetengah aras yang dah 'hilang'. PELAYAR "Saya seorang juruteknik lif, biar saya jelaskan. Tujuan diadakan lif sebegini adalah untuk membantu melancarkan pergerakan orang turun naik ketika waktu puncak. Tidaklah sesak sampai terpaksa tunggu lama. "Jadi dengan adanya pengasingan macam ni, orang yang tingkat ganjil tidak akan bercampur dengan aras lain. Tak perlu nak kongsi lif beramai-ramai, pembahagian yang sistematik. Satu manfaat kepada penduduk setempat. "Tak semua tempat ada macam ni, biasanya boleh nampak dekat pangsapuri di tengah kota yang penduduknya terlampau ramai. Sebab tu ada yang terpinga-pinga kalau jumpa lif macam ni. "Kalau main masuk je lif tanpa baca dulu papan tanda, mesti panik sebab ada sesetengah aras yang dah 'hilang'," kata warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube