suria

2 wanita gelak-gelak langkah kubur! Pempengaruh perjelas perkara sebenar, akui undang fitnah

Seorang wanita menjelaskan mengenai video 'langkah kubur' yang dimuat naik di TikTok.

KECOH di media sosial sejak Sabtu mengenai rakaman menunjukkan seorang pempengaruh bersama seorang rakannya bertindak melangkah kubur.

Menerusi video berdurasi 37 saat itu, kedua-dua wanita itu kelihatan teruja melakukan aksi berkenaan berulang kali, dipercayai dibuat di sebuah tanah perkuburan Islam.

Bukan sahaja melangkah kubur berulang kali, malah mereka juga ketawa ketika melakukan aksi berkenaan.

"Selalu orang cakap, kalau kita langkah kubur... malamnya tuan kubur akan cari kita," kedengaran suara seorang wanita dalam video tersebut yang mendapat kecaman ramai kerana bersikap biadab di kawasan tanah perkuburan.

Rakaman dibuat di kawasan dipercayai di tanah perkuburan Islam.

Susulan pelbagai kecaman dan kritikan, salah seorang wanita di dalam video tersebut tampil memberi penjelasan bahawa kubur yang dilangkah mereka merupakan kubur palsu untuk tujuan pemasaran.

Dakwanya, mereka sedang menjalani penggambaran filem pendek mengenai dua rakan yang tidak mempercayai makhluk halus dan adegan 'langkah kubur' merupakan salah satu daripadanya.

"Itu kubur fake (palsu). Jadi kita buat kubur baharu, dalam tu tak ada orang. Itu tanah lapang, kita korek dan papan nisan tu kita pacak untuk nampak macam kubur.

"Jadi, ia dibuat untuk tujuan penggambaran," katanya menerusi video penjelasan di TikTok.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa baru meninggal, 3 beradik sempat buat video trend TikTok sebelah jenazah - “Aku tak boleh brain...”

ARTIKEL BERKAITAN: Anak mengaku tak fikir panjang, dedah cerita sebenar di sebalik perkongsian video TikTok sebelah jenazah bapa

Wanita itu bagaimanapun mengakui video asal yang memaparkan aksi mereka melangkah kubur berulang kali itu mengundang fitnah dan kecaman ramai.

"Jangan risau, tak ada orang dalam kubur tu. Kami pun tak gila lagi nak langkah kubur orang.

"Kami masih tahu adab, tahu rasa hormat pada orang yang masih hidup mahupun telah meninggal dunia," katanya sambil menambah mereka tidak mempunyai video di sebalik pembikinan kubur palsu itu diwujudkan untuk tujuan penggambaran.

Lain kali jangan buat sesuatu kalau ia mendatangkan fitnah kepada diri sendiri.

NETIZEN

Dalam pada itu, wanita berkenaan turut memohon maaf kepada penduduk kampung kerana menggunakan kawasan di sebuah tanah perkuburan bagi tujuan penggambaran.

"Untuk tanah perkuburan yang kami gunakan tu, kami mohon maaf kepada penduduk kampung tu, kami tiada niat untuk kurang ajar di tanah perkuburan," katanya.

Seorang wanita mentertawakan aksinya melangkah kubur.

Dia bagaimanapun tidak mendedahkan lokasi tanah perkuburan yang digunakan, malah tidak menjelaskan sama ada mendapat kebenaran melakukan penggambaran di situ.

Di ruangan komen, rata-rata netizen tetap mengkritik tindakan mereka melakukan perkara tersebut yang disifatkan tidak menjaga adab di kawasan tanah perkuburan.

"Kubur fake pun dalam kawasan kubur.

"Adab tetap adab. Apapun di kawasan perkuburan.

"Lain kali jangan buat sesuatu kalau ia mendatangkan fitnah kepada diri sendiri," komen netizen.

Sementara itu, menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, menziarahi kubur merupakan satu amalan yang mulia kerana ia akan mengingatkan seseorang itu akan kematian atau akhirat.

Namun katanya, masyarakat perlu menjaga adab-adab ketika menziarahinya.

"Akhirnya, semoga Allah SWT memberi kita kefahaman di dalam agama ini supaya setiap perkara yang kita lakukan dan amalkan bertepatan dengan apa yang diajar oleh Nabi SAW," menurut kenyataan itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain