suria

“Done block penyewa!” - Tauke kereta sewa sakit hati tengok kerusi penuh lumpur kering, minyak grease sampai ke bumbung

Keadaan kereta yang kotor selepas dipulangkan penyewa.

SEORANG pengusaha perkhidmatan kereta sewa meraih perhatian netizen selepas dia berkongsi tentang sikap buruk pelanggannya.

Menerusi perkongsian di TikTok Wan Auto Car Rental, dia mengakui kesal apabila kereta yang diberi sewa dikembalikan dalam keadaan yang kotor.

Apa yang menghairankan, kereta itu kelihatan bersih pada bahagian luar kerana penyewa mendakwa sudah menghantarnya ke pusat cucian.

KUALA LUMPUR 10 APRIL 2013 - Beginilah keadaan didalam terowong di Jalan Sultan Salahuddin berhampiran Bank Negara yang menyebabkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi milik kakitangan bank negara terperangkap dalam banjir kilat yang berlaku di Jalan Sultan Salahuddin disini, hari ini.Gambar : AZMAN ASMAYATIMGAMBAR SAHAJA

Pemilik berdepan kerugian sekiranya kereta yang disewakan terlibat kemalangan atau bencana alam. -Gambar hiasan

"Tak check. Masa tu memang tak check belah dalam sebab dia cakap on the way kembalikan kereta dari car wash. Masa sampai tu memang kami tengok kereta berkilat.

"So check calar-calar luar je la kot ada. Tak ada calar, so lepas je la dia balik. Lepas dia balik baru buka kereta, terkejut tengok.

"Ni bukan kotor biasa-biasa. Minyak grease sampai kat bumbung (dalam) kereta. Apa benda tak tahulah dia bawa dalam tu," ujarnya.

Lepas dia balik baru buka kereta, terkejut tengok.

PEMILIK KERETA SEWA

Selain itu, kesan lumpur kering juga jelas kelihatan pada kerusi kereta berkenaan.

Tambahnya, kos cucian kereta juga pastinya akan memakan kos, sekali gus menyebabkan kerugian buat perniagaannya.

"Inilah risiko dalam perniagaan kereta sewa. Dapat penyewa yang okey adalah rezeki. Dapat penyewa bermasalah, reda je la.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri ‘pergi’ serta-merta, anak nazak sebelum maut di riba... Lelaki menyesal seumur hidup bentang toto dalam kereta!

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki naik angin dah 2 kali jiran buat hal, terbaharu biarkan anak berak tepi kereta!

"Sewa kereta guna untuk apa sampai kotor macam ni sekali? Kereta sebelum (sewa) bersih terus jadi kotor dapat kat pelanggan ni.

"Done block penyewa macam ni, penyewa tak berkualiti. Mentang-mentang kereta sewa, boleh buat sesuka hati. Sewa RM100 sehari, nak cuci balik RM200. Boleh lingkup bisnes," ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, ada netizen membuat spekulasi bahawa kereta sewa itu digunakan untuk mengangkut barang-barang.

"Dia pindahkan barang guna kereta sewa la tu. Sewa lori lagi mahal ke? Macam-macam manusia ni.

"Kereta awak ni disewa untuk angkat barang pindah rumah rasanya. Sebab teruk sangat keadaannya.

The Perodua Myvi car which was recovered in Taman Gelora.

Golongan pelajar juga kerap menyewa kereta. -Gambar hiasan

"Saya tahu, dia bawa besi buruk... pergi jual besi buruk. Biasa jumpa keadaan kereta macam ni kat kedai besi buruk," tulis netizen.

Segelintir pelayar TikTok turut membuat andaian kereta itu disewa untuk tujuan jenayah seperti mencuri haiwan.

"Kalau berselut tu, takut yang curi kambing atau lembu pakai kereta sewa.

"Dia buat angkut lembu kot. Kereta sewa sekarang banyak yang buat angkut lembu.

"Hati-hati, takut penyewa buat jenayah," ujar netizen lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain