SETIAP pasangan mempunyai cara tersendiri untuk mencipta kebahagian dan keharmonian dalam rumah tangga mereka. Begitulah kemanisan dalam rumah tangga ditonjolkan Jusmarina Juah dan pasangannya yang merupakan seorang pemandu lori hingga menjadi perhatian warga maya selepas video mereka dikongsikan semula di laman X. Menurut individu yang berkongsi semua video itu, dia berasa tersentuh dengan usaha si suami yang tetap mencari jalan untuk menghargai isterinya walaupun sedang bekerja mencari rezeki. "Abang ni boleh je beli air tepi jalan, tapi dia tetap nak juga air yang isteri dia buat. Jusmarina berkongsi kemanisan rumah tangganya dalam satu hantaran di TikTok. "Ini pun sudah cukup bahagia. Lindungi keluarga ni dengan apa cara sekali pun," tulisnya dalam ciapan berkenaan. Sementara itu hasil semakan pada hantaran asal, si isteri di kenali sebagai Jusmarina itu turut menceritakan kisah disebalik video tersebut di TikTok. Menurut si isteri, suaminya memulakan kerja seawal pukul 5 pagi dan pulang ke rumah pada waktu senja. Bagaimanapun pada hari tersebut suaminya tetap singgah di ke rumah mereka untuk meminta bekalan air sirap yang diisi di dalam botol mineral 1.5 liter. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita buat 2 set bekal, bagi duit belanja lebih... Rupanya kirim satu untuk kawan sekolah anak - “Ibu dia dah meninggal dunia” ARTIKEL BERKAITAN: Selalu bawa bekal, gadis terkejut beli nasi lemak biasa tapi harga kayangan! Batal niat nak tanya selepas tengok tauke marah pekerja "Suami kerja... selalu lalu depan rumah. Hari ini dia banyak trip, dia telefon suruh buatkan air untuk dia," jelasnya. Menerusi rakaman yang dikongsikan juga, jelas terpancar raut wajah gembira si suami ketika menerima air bekal tersebut. Malah suami Jusmarina sempat meneguk air sirap diberikan sebelum meneruskan perjalanan. Sebelum meneruskan perjalanan, wanita ini sempat meminta 'upah' daripada suaminya sebanyak RM50 selepas menyerahkan air. Benda-benda macam ni pun boleh buat bahagia... saya yang tengok pun turut rasa bahagia. NETIZEN "Dia kata saya letak 'racun' dalam air, tapi dia minum juga. Sambil tu apa lagi. Paw la duit... upah buat air. "Dia nak cepat pergi kerja jadi tak boleh lama-lama. Selamat tinggal sayang. Kita jumpa malam ni makan sama-sama dengan anak-anak," tulisnya dalam video berkenaan. Hantaran tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen di ruangan komen yang seronok melihat keletah pasangan ini. Komen netizen pada hantaran di X. "Kesimpulannya nak bahagia ni tak perlu sangat try hard. Benda macam ni pun dah boleh gembira. "Benda-benda macam ni pun boleh buat bahagia. Saya yang tengok pun turut rasa bahagia. "Saya mewakilkan persatuan suami-suami Malaya menggesa pihak berwajib supaya menyiasat harga sirap 1.5 liter yang berharga RM50 dengan segera," kata netizen berseloroh. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube