suria

Remaja tak begitu gembira dapat 6A, 2B! Ibu suruh repeat SPM, tak puas hati Matematik lulus cukup makan

Keputusan SPM sering menjadi kayu pengukur dalam menilai tahap pendidikan seseorang. -Gambar hiasan

KEPUTUSAN cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hanya akan diperolehi oleh pelajar yang berdisiplin dan belajar bersungguh-sungguh.

Namun hati pasti kecewa apabila keputusan yang dianggap baik oleh calon, dilabelkan sebagai kurang memuaskan oleh ibu sendiri.

Melalui satu luahan di laman TikTok, seorang remaja berkongsi keputusan SPM diperolehinya yang mana dia mendapat 6A, 2B tetapi untuk subjek Matematik dia lulus dengan mendapat gred E.

Slip keputusan SPM remaja berkenaan.

Susulan keputusan itu, ibunya menzahirkan rasa kurang puas hati dengan pencapaian tersebut dan menggesa anaknya menduduki semula SPM pada tahun depan.

"Keputusan along macam ni boleh ke masuk universiti? Lulus cukup-cukup makan je. Sepatutnya kesemua sembilan mata pelajaran yang diambil kena dapat A+. Ini along cuma dapat 6A, 2B dan 1E.

"Lulus tapi kurang memuaskan, pergi la ambil semula SPM tahun depan," demikian kata si ibu yang dilihat melalui tangkap layar perbualan di WhatsApp yang dikongsi anaknya.

Pada ruangan kapsyen, remaja tersebut mengakui hatinya remuk apabila membaca mesej ibunya yang baginya cukup 'pedas' itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar raih 6A 2B dalam SPM dedah punca ditolak masuk kelas paling belakang - “Mereka makan nasi, saya pun sama”

ARTIKEL BERKAITAN: Sangat positif, tiada kekesalan! Remaja gagal semua subjek SPM beri sebab tak perlu risau, yang penting ada ‘progres’

"Tak tahu nak rasa bangga dengan diri sendiri atau tidak," tulisnya ringkas.

Manakala dalam hantaran berbeza, remaja itu berkata berkata dia menerima dengan hati terbuka kritikan ibunya dan tidak menyimpan sebarang rasa dendam.

Tangkap layar perbualan WhatsApp di antara seorang lepasan SPM dengan ibunya.

"Tujuan saya kongsikan kisah ni bukan untuk mengaibkan ibu saya, tapi hendak beri peringatan agar mak ayah di luar sana bersyukur dan meraikan anak walau apa pun keputusan SPM mereka.

"Tentang ibu saya pula, mungkin cara dia cakap tu agak kasar, tapi saya tahu dia cuma mahukan yang terbaik untuk diri saya. Dalam perbualan seterusnya dia ada juga ucap tahniah dekat saya.

Betul la apa orang cakap, manusia kalau ada seribu kebaikan pun, yang buruk juga akan dilihat.

WARGA MAYA

"Lagipun betul apa yang ibu katakan, persaingan untuk masuk ke universiti sekarang sengit, kalau Matematik tak dapat gred C ke atas memang susah nak 'lepas'.

"Saya yakin ada rezeki lain yang menanti saya di luar sana," ujar remaja itu berlapang dada.

Menjengah ke ruangan komen, pelayar turut menyokong cadangan untuk remaja itu menduduki semula subjek Matematik kerana ia mempunyai pemberat yang besar dalam saringan institut pengajian tinggi awam (IPTA).

"Tahniah! Keputusan adik memang cemerlang, tapi pada pendapat saya adik patut ambil semula subjek Matematik, satu mata pelajaran tu je, yang lain tak perlu ulang sekali.

"Sebab subjek Matematik ni penting kalau nak masuk IPTA. Pulun bagi dapat C ke atas pun dah okay, kursus di IPTA banyak yang akan tolak kalau Matematik rendah sangat.

Warga maya bertukar pandangan.

"Matematik tambahan tak mengapa lagi nak dapat E, ini Matematik biasa," ujar warga maya memberikan nasihat.

Dalam pada itu, tidak kurang juga pelayar yang panas hati melihat reaksi si ibu apabila menerima keputusan SPM remaja berkenaan.

"Dah berjaya dapat 6A tapi E itu juga yang dipandangnya. Betul la apa orang cakap, manusia kalau ada seribu kebaikan pun, yang buruk juga akan dilihat.

"Ramai lagi yang boleh mimpi je nak dapat 6A, jangan terlalu mendongak ke langit, ada masanya kena pandang ke tanah juga.

"Saya rasa macam geram yang teramat, boleh tak nak jumpa one to one dengan makcik. Äda benda kita nak bincangkan," kata beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain