GERAI atau restoran merupakan tempat untuk menjamu selera di luar rumah sambil menikmati suasana sekitar dalam keadaan santai. Namun tempat duduk yang terhad selain ruang sempit di sesetengah premis menuntut pelanggan bertimbang rasa dan bertoleransi ketika menggunakan kemudahan disediakan. Melalui satu hantaran di laman X, seorang individu menzahirkan rasa terkilan dengan sikap segelintir anak muda, dipercayai pelajar yang 'berkampung' di sebuah kedai serbaneka sekitar Perlis untuk menyiapkan tugasan. Kemudahan di tempat awam seharusnya digunakan dengan bertanggungjawab. -Gambar hiasan Menerusi perkongsiannya, lelaki berkenaan hadir ke kedai serbaneka itu bersama keluarganya, namun terkejut apabila mendapati setiap meja sudah penuh dengan mahasiswa yang tekun menghadap komputer riba masing-masing. Lebih menjengkelkan apabila sesetengah mereka dilihat langsung tidak membeli makanan atau minuman dari kedai serbaneka tersebut, tetapi masih menggunakan kemudahan di situ tanpa rasa serba salah. "Tak faham aku, tempat sekangkang kera juga nak datang buat assignment. Keluarga aku nak makan ni tapi tak tahu nak duduk mana. ARTIKEL BERKAITAN: Buat kafe macam pejabat sendiri, wanita kerja ‘freelancer’ risau dipandang serong... Tapi bukan duduk saja, siap beli 4 cawan air ARTIKEL BERKAITAN: “Bila dengar tu sumpah puas!” - Ada pelajar tak tahu common sense, bawa selimut berkampung di McD, harap suasana study macam library! "Bila aku tanya lama lagi ke, selamba je budak-budak ni jawab, lama lagi sebab kami tengah siapkan assignment. Atas meja tak nampak ada satu pun makanan dari kedai ni. "Staf kedai dah tegur supaya beri keutamaan kepada orang yang nak makan pun mereka tak layan. Degil betul golongan mereka ni, semua cakap 'tak jalan', orang Perlis panggil ketegaq (degil). "Harap pihak pengurusan boleh ambil tindakan tegas tentang isu ni," kata lelaki itu kecewa. Percayalah, aku pernah buat begini zaman belajar dulu, sebenarnya lebih banyak sembang daripada siapkan kerja. WARGA MAYA Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya berasa hairan bagaimana pelajar tersebut boleh berasa selesa untuk membuat kerja di tempat sedemikian. "Macam mana mereka boleh fokus? Aku kalau ada bunyi bising ke memang hilang terus tumpuan, assignment pun terbantut. Banyak lagi tempat lain yang lebih sesuai, masjid atau surau pun okay. "Kau ingat kedai serbaneka ni perpustakaan awam ke, ini tempat orang nak makan la. Menyusahkan betul ada puak pentingkan diri macam ni. "Terpaling study tapi pointer bawah 3 juga, kalau tengok budak dekan buat kerja dalam bilik je. Percayalah, aku pernah buat begini zaman belajar dulu, sebenarnya lebih banyak sembang daripada siapkan kerja. Dah serupa melepak. Warga maya bertukar pandangan. "Kalau yang tengah bercinta tu, duduk kedai acah buat kerja macam ni boleh dikira dating juga," kata sebahagian warga maya. Dalam pada itu, ada juga pelayar yang cuba memahami punca di sebalik permasalahan tersebut. "Pelajar macam ni mungkin mereka nak keselesaan. Kalau buat kerja dekat kolej kediaman boleh dikatakan keadaan panas, manakala dekat kedai serbaneka ada penyaman udara, buka 24 jam pula tu. "WiFi pun laju dan percuma," ujar seorang netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube