TIADA apa yang lebih membanggakan buat seorang guru selain melihat pelajarnya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Bagi mereka, kejayaan yang diraih oleh pelajar adalah satu hadiah bermakna atas segala usaha serta penat lelah mereka mencurahkan ilmu. Namun seorang guru ini sama sekali tidak menyangka dia menerima kejutan hadiah kedua daripada pelajarnya yang meraih gred A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk subjek yang diajarnya. Muhammad Husni bangga 14 daripada 19 pelajarnya meraih gred A untuk subjek Landskap dan Nurseri. "Sehari selepas keputusan SPM diumumkan pada Isnin lalu, anak-anak murid tanya, saya ada di rumah atau tidak pada sebelah malam. "Sebab mereka sebelum ini memang biasa melepak, makan, buat assignment di rumah saya memandangkan ada kemudahan internet. Saya sangka tujuan mereka tanya tu sebab nak melepak. "Sekali rupa-rupanya gigih nak hantar televisyen baru ke rumah. Saya terkejut bila buka pintu... biar betul mereka ni?. Tak pasti macam mana mereka berpakat, namun saya anggapnya sebagai rezeki dan saya hargai kejutan mereka," cerita guru bernama Muhammad Husni Abu Hassan kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Cipta memori manis, cikgu anjur pakej ‘staycation’ Ramadan di rumah! 8 murid dapat iftar, ‘movie night’ serta sahur bersama ARTIKEL BERKAITAN: Guru sanggup belanja besar bawa 30 murid ke KFC... terpegun tengok sos keluar dari pam, tangan terketar pertama kali dapat makan Menurut Muhammad Husni, dia gembira apabila 14 daripada 19 pelajarnya meraih gred A bagi subjek Landskap dan Nurseri, namun tidak menyangka mereka membuat kejutan sebagai menghargai jasanya. "Sebelum ini masa melepak di rumah, memang mereka perasan televisyen saya rosak. Suara saja ada, paparannya dah tak jelas. Mungkin datang idea dari situ untuk beri hadiah televisyen," ujar guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Panglima Besar, Kulim, Kedah ini. Muhammad Husni bersama pelajarnya dalam salah satu majlis di sekolah. Berkongsi mengenai keakraban hubungannya dengan pelajar, Muhammad Husni mengakui dia sememangnya gemar berkongsi rezeki serta menghabiskan masa dengan anak didiknya. "Saya memang rapat dengan students. Saya ni suka masak. Kadang-kadang bila masak banyak, saya bawa ke sekolah untuk makan sama-sama dengan mereka. "Ada juga yang request menu, saya okay saja sebab mungkin makanan tu ada pelajar jarang dapat makan. Kadang saya raikan birthday mereka ramai-ramai, support tournament yang mereka sertai. Memang dah anggap macam adik-adik. Saya ni suka masak. Kadang-kadang bila masak banyak, saya bawa ke sekolah untuk makan sama-sama dengan mereka. MUHAMMAD HUSNI ABU HASSAN "Saya selalu beritahu, 'Sir tak mahu apa-apa, tapi bagilah sesuatu yang membanggakan Sir'. Mungkin berkat berkongsi rezeki juga, mereka dapat skor A subjek saya," ujarnya yang berpengalaman selama 13 tahun dalam bidang pendidikan. Tidak menyangka perkongsiannya menjadi tular di laman sosial, Muhammad Husni dalam pada itu berkata dia turut terharu apabila membaca komen daripada warga maya. Guru ini gemar berkongsi rezeki serta menghabiskan masa dengan anak didiknya. "Mungkin ramai beranggapan pelajar aliran vokasional atau teknik ini pelajar sederhana. Namun ramai juga student saya yang raih keputusan keseluruhan yang agak baik. Ada yang dapat 4A dan 3A. "Mereka banyak tanya panduan untuk sambung pengajian ke peringkat seterusnya. Saya beri galakan, kongsi pengalaman dan kata-kata semangat. "Lagipun sekarang kerajaan banyak beri penekanan kepada Program Pendidikan Dan Latihan Teknikal & Vokasional (TVET). InsyaAllah peluang tetap terbuka luas dalam bidang ini," ujarnya lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube