KEPUTUSAN Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bukanlah pengukur bagi menentukan masa depan seseorang namun ia penting dalam mencorak kehidupan kita. Susulan itu kisah seorang calon yang begitu bangga menayangkan keputusan corot dalam SPM 2023 terus menjadi topik hangat di media sosial sehingga kini. Namun tatkala perbahasan tentang hal itu masih belum reda, muncul pula individu lain yang memandang remeh mengenai sijil berkenaan dengan hujah dia mampu meraih gaji bulanan lebih RM3,000 walaupun gagal SPM. "Aku gagal SPM. Sekarang gaji dekat syarikat (tempat kerja) RM3,500 sebulan. SPM bukan segalanya," tulis individu berkenaan di media sosial. Tangkap layar komen individu yang bangga dengan pencapaiannya. Kenyataan individu terbabit mengundang pelbagai reaksi warga maya termasuklah pelayar Facebook bernama Akmal. Kata pemuda berasal dari Palong, Negeri Sembilan itu dalam satu hantaran di platform berkenaan, dia berpendapat jumlah pendapatan diperoleh lelaki berkenaan tidak patut menjadi satu hal yang perlu dibanggakan. "Saya ingatkan (gaji) RM35,000. Setakat RM3,500 dah bangga, baik tak payah! Buat malu je kalau cerita. "Jenis yang kalau buat content (kandungan) dekat TikTok, terpaling berjaya. Salahkan cikgu, lepas tu rambut perang (warna). ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda kecewa lepasan SPM bangga tayang slip gagal semua subjek, tak layak cakap soal syukur! Kalau dah usaha, tak logik B.Melayu ‘ke laut’ ARTIKEL BERKAITAN: Ibu reda abang long hanya dapat 1A dalam SPM, percaya rezeki anak - “Add Math lulus, Matematik A bang!” "Berjalan menuju kereta Honda City tahun 2014 terpakai dengan pinjaman sembilan tahun. Cis, dia tak tahu agaknya Honda City ni level angkat buah kelapa je kalau dekat Palong," jelasnya penuh sinis. Bukan itu sahaja, Akmal dalam hantaran yang sama turut 'mempertahankan' golongan bekerja dalam sektor kerajaan yang dikatakan bergaji lebih rendah berbanding servis p-Hailing. "Orang lain buat p-Hailing elok je. Sampai dekat dia, terus rasa pencapaian hebat dapat buat RM4,000 sebulan (berbanding kerajaan dengan gaji RM2,000). "Dia tak tahu, kerja kerajaan setiap tahun ada kenaikan RM200. Sepuluh tahun kerja, dah dapat RM6,000 paling kurang. Sudah la dapat keputusan teruk, membongak pula. NETIZEN "Cuti pula bersepah... kadang sampai mengeluh apabila asyik terpaksa bercuti," ujarnya lagi. Tambah Akmal, dia menyarankan individu yang memperlekehkan pekerjaan dan jumlah gaji orang lain supaya lebih bersosial. "Keluarlah bermasyarakat... biasakan bergaul dengan orang yang lebih tinggi dalam kerjaya supaya kita belajar merendah hati. "Biasakan juga bergaul dengan orang yang lebih rendah dalam kerjaya, supaya kita belajar erti syukur," katanya. Komen netizen pada hantaran tentang keputusan SPM. Hantaran tersebut meraih pelbagai reaksi netizen yang bersetuju dengan pendapat dikongsikan Akmal. "Ya Allah terasa pula kita yang pakai Honda City lama. Tapi memang betul ayat-ayat di atas. "Sudah la dapat keputusan teruk, membongak pula. Kita harus puji mereka yang dapat keputusan teruk tapi ada rasa nak perbaiki diri di kemudian hari. "Dia tak tahu tu, kalau kerja kerajaan buat tuntutan kerja lebih waktu je sudah dapat gaji dia tu," komen beberapa netizen di ruangan Facebook. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube