MENJEJAKKAN kaki ke kota suci Makkah dan Madinah merupakan impian bagi setiap umat Islam. Selain mendekatkan diri kepada Allah, Tanah Haram juga menjadi lokasi yang paling mustajab untuk kita berdoa. Biasanya para jemaah haji atau umrah akan memohon doa supaya dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki serta dipertemukan jodoh. Kunjungan ke tanah suci merupakan impian setiap umat Islam. -Gambar hiasan Di platform X, seorang wanita meraih perhatian netizen apabila berkongsi kisahnya yang bertemu 'jodoh' di kota Makkah. "Saya kenal seorang lelaki ini di Makkah. Dia merupakan seorang mutawif. Selepas balik umrah 2023 tu, dia membuat pengakuan kepada saya. Siap cakap nak kahwin," ujarnya membuka cerita. Selepas beberapa bulan berlalu, wanita itu berkata dia baru mendapat tahu tentang status sebenar lelaki itu. Awal Mei hari tu, saya ternampak gambar perkahwinan dia dekat Instagram adik ipar dia. PENGADU Semakan yang dibuat menerusi Instagram mendapati lelaki itu sebenarnya telah berumah tangga, sekali gus menghancurkan hatinya yang diberi harapan palsu. Enggan berdiam diri, wanita itu berkata dia menghubungi isteri lelaki tersebut untuk menceritakan apa yang berlaku antara mereka. "Awal Mei hari tu, saya ternampak gambar perkahwinan dia dekat Instagram adik ipar dia. Dia sorok daripada saya yang dia dah berkahwin. ARTIKEL BERKAITAN: Suami kantoi curang kali kedua tapi mati-mati tak mengaku... Sanggup sumpah atas nama Allah bimbang lafaz taklik dikira sah ARTIKEL BERKAITAN: Baru lembut hati rujuk dengan suami 3 kali kantoi curang, isteri nekad cerai sekali lagi... Terkejut tiba-tiba ada madu! "Nak dipendekkan cerita, saya direct message (DM) isterinya dan dia tak tahu laki dia perangai macam ni," ujar wanita itu lagi. Selepas kejadian itu, pengadu berkata dia mendapat tahu terdapat beberapa lagi wanita lain yang turut berhubungan dengan lelaki itu. "Saya ada chat nakal yang dia pernah hantar, perlu ke saya beritahu ibu bapanya?" soal gadis itu bertanya pendapat netizen di platform X. Namun, beberapa pelayar X berpendapat tidak wajar kes itu dibongkarkan kepada kedua orang tua kerana ia telah diketahui isterinya. Makkah dan Madinah merupakan lokasi yang mustajab untuk berdoa. -Gambar hiasan "Aku rasa cukup kau dah beritahu kat isteri dia. Mak ayah dia tu biar isteri dia yang tentukan. "Dah cukup isteri dia tahu. Keluarga biarkan. Awak jangan masuk campur dan pergi jauh-jauh. "Dah beritahu bini dia dah la. Yang kau sibuk nak kira mak bapa dia kenapa? "Sah-sah (pengadu) gatal. Dua-dua salah. Orang pergi ibadah, dua-dua gatal," tulis netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube