KITA sememangnya dituntut untuk berbuat baik terhadap jiran tanpa mengira bangsa mahupun agama, lebih-lebih lagi ketika mereka berada dalam kesusahan serta memerlukan pertolongan. Bukan sahaja mendapat pahala, malah dengan bantuan yang dihulurkan secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan sesama tetangga. Namun dalam satu hantaran di media sosial, seorang wanita meluahkan rasa geram apabila suaminya terlalu mengambil berat perihal jiran mereka yang merupakan seorang ibu tunggal. "Suami aku ni mudah kesian dekat orang. Ada seorang janda, selalu meluah masalah berkenaan bekas suami dia, anak sakit, diri sendiri sakit. "Suami aku teman anak dia dekat outpatient klinik pukul 12 tengah malam. Dah tu time dia sakit, suami nak tolong hantar ke hospital. Ya aku kesian. Tapi aku letak rumah tangga dan family aku paling atas. Isu curang terhadap pasangan lazimnya berlaku disebabkan tidak menjaga batas pergaulan. -Gambar hiasan "Siap minta aku teman dan tolong jaga anak si janda... aku refuse," kongsi wanita berkenaan. Menurut wanita berkenaan, perkara itu acap kali menjadi punca pergaduhannya dengan suami kerana lelaki tersebut masih menganggap apa yang dilakukannya adalah atas dasar belas ihsan. ARTIKEL BERKAITAN: Janda ‘taste’ laki muda, lepas nikah baru tahu suami suka pukul budak! Mahu hantar 2 anak rumah mak, selesai masalah ARTIKEL BERKAITAN: Suami ‘angau’, kejar janda tunangan orang! Tidur lewat sebab bermesej, dah tak nampak kebaikan isteri sendiri "Aku mengaku depan suami yang aku jealous, aku sayang dekat dia dan kena ada gap antara wanita lain selain isteri, dengan suami orang. "Aku juga beritahu, kalau perlu untuk aku confront dan jelaskan sendiri dekat empunya diri yang dok contact suami aku, aku akan buat. "Ini tidak, baju anak silap size, nak terminate nombor telefon ex husband... eh kau bincang dengan suami orang buat apa. "Lepas aku dah marah dengan husband, dah slow talk gaya matang, still juga lagi nak mengadu masalah," luahnya. Baik pun ada had juga. Jangan jaga hati orang lain sampai hati bini sendiri yang sakit. NETIZEN Menafikan dia seorang isteri yang cemburu buta, wanita tersebut berkata dia hanya mahu suaminya menghadkan batas pergaulan dan mengutamakan isteri serta keluarga sendiri terlebih dahulu berbanding perkara lain. "Yang aku paling geram, apabila aku tegas dan dingin, suami aku tanya 'kenapa marah?'. "Ya Allah bantu aku bertabah. Dia buat tak faham ke memang tak faham ya? Penatnya mental nak kena hadap orang yang tak pernah nak faham perasaan isteri ni," luahnya. Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya menyebelahi wanita tersebut malah menasihatkannya agar lebih bertegas dengan suami kerana dibimbangi berlaku perkara yang tidak diingini kelak. Sebahagian komen netizen terhadap perkongsian wanita berkenaan. "Ambil handphone suami, block je nombor perempuan tu. Perempuan ni dah keterlaluan, tak hormat rumah tangga orang. Suami orang buat macam suami sendiri. "Kena cegah cepat sebelum berlarutan. Risau nanti dah sampai ke hubungan serius antara mereka. "Baik pun ada had juga. Jangan jaga hati orang lain sampai hati bini sendiri yang sakit. Yang janda tu pun kena faham jugalah, suami orang jangan nak menggedik sangat," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube