suria

Ramai gadis rasa bahagia, tidur lena dapat tengok mata Teme Abdullah... Penulis novel berwajah misteri ini gugup jumpa peminat

Tangkap layar video yang tular di media sosial.

PENULIS buku terkenal Teme Abdullah menjadi tumpuan ramai apabila dia muncul menerusi sesi meet and greet di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL 2024) di ibu negara pada Sabtu.

Menerusi satu video tular, Teme memohon maaf kepada peminatnya kerana dia sedang gemuruh sehingga tandatangannya pada buku sedikit comot.

"Sorry saya menggeletar, Ya Allah. Yang ni (tandatangan) tak jadi. Saya lagi nervous.

2 teme

Suasana sekitar meet and greet Teme pada Sabtu.

"Yang ni pun tak jadi, sorry. Awak ni jadi tempat saya practise.

"Tadi kat dalam saya dah practise, tak menggeletar dah... tapi keluar menggeletar balik," ujarnya sambil menyerahkan semula buku-buku yang ditandatanganinya.

Teme yang identitinya kekal misteri serta tidak pernah mendedahkan rupa parasnya dilihat memakai sut hitam dengan pelitup muka dan cermin mata gelap dalam sesi pertemuan santai itu.

Kehadiran kalian dalam hidup saya sebagai pengkarya pun dikira anugerah, hadiah dan rezeki yang sangat besar dah.

TEME ABDULLAH

Apa yang melucukan, seorang peminat wanita membuat rakaman video pada jarak yang begitu dekat dengan wajah Teme.

Namun, hanya anak mata penulis itu yang boleh dilihat manakala seluruh wajahnya tersembunyi di sebalik pelitup muka dan cermin mata.

Perkara itu menjadi topik perbualan netizen yang mana rata-ratanya teruja dapat melihat sedikit wajah Teme pada jarak dekat.

ARTIKEL BERKAITAN: Tanpa pembaris, tanpa pensel pelukis hasilkan potret Agong, Tunku Azizah - Pemilik nama pena Teme Abdullah mahu kekal rahsia identiti diri

ARTIKEL BERKAITAN: Followers pantas ‘buat kerja’, Teme Abdullah tak dapat mengelat kongsi video nyanyi lagu K-Pop... Permaisuri Agong puji!

"Kak sampai di balik mata kau rakam kak. Tapi tak apa.

"Terima kasih kak. Akhirnya nampak mata Teme. Boleh tidur lena dah kami.

"Suara dia pun sedap.

"Plot twist dia Hafiz Mahamad," tulis beberapa netizen dalam kalangan wanita yang mana rata-ratanya memuji rupa paras penulis dan pelukis itu walaupun tidak kelihatan.

Sehari sebelum sesi meet and greet itu, Teme turut memuat naik satu hantaran di media sosial dan memberi pesanan supaya tiada mana-mana peminat membawa hadiah untuknya.

temeee

Teme selesa untuk tidak mendedahkan identitinya kepada orang ramai.

"Saya sangat hargai apa-apa pemberian. Tapi saya suka sangat kalau korang datang tak bawa apa-apa. Jangan susahkan diri tau.

"Kehadiran kalian dalam hidup saya sebagai pengkarya pun saya kira anugerah, hadiah dan rezeki yang sangat besar dah. Jadi kalau boleh jangan bawa apa-apa.

"Serius tau. Ni bukan malu-malu tapi mahu tau. Tak payah susah-susah. Bawa diri je. Elok-elok di jalan. Jaga keselamatan, jaga kesihatan," pesan Teme.

Untuk rekod, Teme yang juga lepasan bidang Seni Bina dari United Kingdom (UK) turut berbakat dalam bidang lukisan.

Nama Teme pernah menjadi perhatian pada 2019 apabila potret yang dihasilkannya mendapat perhatian Sultan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain