suria

“Awak je kot anggap kotor” - Peniaga nasi lemak jawab isu rendam sotong dalam tong sampah… KKM nak siasat!

Seorang peniaga dikecam kerana didakwa menggunakan tong sampah sebagai bekas penyimpanan makanan.

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) akan menjalankan siasatan selepas tular video TikTok seorang peniaga yang didakwa menyimpan makanan di dalam tong sampah.

Menerusi ciapan di platform X pada Sabtu, KKM turut berterima kasih kepada netizen yang menyalurkan maklumat berhubung kejadian berkenaan.

"Terima kasih kerana membawa perhatian ini kepada kami. KKM akan menjalankan siasatan," ujar KKM sebagai reaksi kepada aduan berkenaan.

nasi lemak 2

Tangkap layar video tular yang dikongsi semula oleh netizen.

Sebelum itu, seorang pengguna X memuat naik tangkap layar serta video daripada TikTok, memaparkan seorang peniaga lelaki yang menyimpan makanan di dalam tong sampah.

Dakwa pengadu, peniaga nasi lemak itu menggunakan tong sampah plastik berwarna hitam untuk merendam lauk sotong yang dijual di kedainya.

"Dia guna tong sampah buat rendam sotong untuk masak dan jual. Dah ramai yang tegur tapi jawapan sebab ramai (orang) yang buat macam tu so tak jadi masalah.

Pasal isu tong yang viral dua tiga hari ni, mana yang ada bagi pendapat, saya terima.

PENIAGA NASI LEMAK

"Agak geram jugalah dengan jawapan dia terutama dalam bab penyediaan makanan macam ni," ciap pengadu yang turut membuat pautan kepada akaun media sosial rasmi KKM.

Menerusi video sebelum ini, peniaga berkenaan pernah menjawab teguran netizen berhubung kaedah penyimpanan makanan di kedainya itu.

"Saya rendam sotong pakai tong sampah eh? Saya pun tak tahulah tu tong sampah sebab tak ada tulis, saya main beli je kat kedai.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda tercengang jumpa peniaga ‘mulut laser’, disindir pokai kerana beli nasi putih kosong... Paling merepek caj RM4 sebungkus!

ARTIKEL BERKAITAN: Mangkuk lusuh pula jadi isu, pelanggan geli nak makan cendol di gerai ikan bakar viral... Tak berani tegur, takut kena maki

"Kedai pun tak pesan dengan saya tu tong sampah, saya pakai je la. Sebab ramai yang lain pun pakai juga tong tu untuk isi air dan mandi.

"Bagi saya tiada masalah kot. Kalau rasa benda tu kotor, tak apalah. Awak je kot yang anggap macam tu, sebab tong tu saya tak isi sampah," jelas peniaga berkenaan pada awalnya.

Namun, selepas isu berkenaan semakin kecoh, peniaga berkenaan memuat naik satu lagi video penjelasan di aplikasi TikTok pada Sabtu.

"Pasal isu tong yang viral dua tiga hari ni, mana yang ada bagi pendapat, saya terima. Yang hentam saya tak boleh buat apa, saya hanya boleh berdiam dan melihat. Terima kasih yang mana bagi nasihat dan teguran, saya tak kecil hati.

"Jangan risau. Saya buat video sebab cara percakapan saya kot, buat orang jadi tak selesa. Kalau saya bercakap memang macam ni, harap korang jangan kecil hati, nama pun content, hidup penuh drama.

nasi lemak 3

Netizen turut memberi teguran selepas isu berkenaan mendapat perhatian KKM.

"Lagi satu pasal tong, dah jenuh saya cari tak ada. Dah puas cari food container, tiada jual. Kalau ada private message (PM) saya atau komen bawah, saya akan beli nanti satu tong tu," jelasnya dalam video terbaharu.

Menjengah ke ruangan komen, netizen turut memaklumkan kepada peniaga itu tentang respon KKM yang dimuat naik menerusi X.

"KKM dah mention abang kat Twitter (X).

"KKM dah notice tu. Jangan alih pula sotong dalam tong sampah tu. Tunggu je la.

"Nanti prepare sambut KKM datang bang," tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain