MUSIM cuti persekolahan merupakan waktu terbaik untuk membawa ahli keluarga berjalan-jalan dan makan angin. Selain berkunjung ke destinasi pelancongan, ramai juga ibu bapa yang memilih untuk membawa anak-anak mereka pulang ke kampung halaman. Di platform X, seorang individu mengadu tentang sikap kakaknya yang menyusahkan ibu bapa mereka di kampung ketika musim cuti persekolahan. Musim cuti sekolah memberi peluang untuk ibu bapa berehat seketika. -Gambar hiasan "Waktu cuti sekolah, balik lempar anak dekat kampung, minta mak abah umur 60 jagakan seminggu. Daripada awal pagi sampai malam atok nak kena layan cucu. "Orang tua tu elok-elok rutin selama ni lepas Isyak, pukul 9 macam tu biasanya dah tutup lampu rumah, berehat dan tidur. "Alih-alih kena jaga cucu yang ada attachment issue sampai dekat pukul 12 malam," ujar pengadu yang tidak mendedahkan identitinya. Kenapa tak hantar anak kau masuk kelas taekwondo atau tunggang kuda ketika cuti sekolah ni? PENGADU Menurut individu itu lagi, kakaknya merupakan seorang wanita bekerjaya yang berpangkat pegawai dalam sektor awam. Namun kata pengadu, dia kecewa dengan sikap kakaknya yang dianggap memperalatkan ibu dan bapa dengan berbekalkan pemberian wang yang tidak seberapa. "Kakak aku kerja kerajaan pangkat pegawai dah. Dia ada ijazah. Begitu je rupanya insan-insan yang ada kerjaya gaji besar ni menghambakan mak ayah untuk jaga anak-anak. ARTIKEL BERKAITAN: Tinggal dengan atuk di kampung, ahli keluarga cuma pandai bagi arahan, kritik sedap mulut dari jauh - “Nak je aku suruh balik jaga” ARTIKEL BERKAITAN: Nenek suruh cucu umur 2 tahun minum air panas! Ajar menantu cara didik anak, kena kasar untuk beri pengajaran "Lepas hantar balik kampung, dia pergi bekerja, dia teruskan kehidupan yang tenang tanpa perlu susah-susah fikir nak jaga anak. Habis cuti nanti, datang ambil. "Hulur je duit sikit dekat mak ayah dah jagakan anak. Iyalah banyak duit, susahkan mak ayah yang dah tua sikit apalah sangat. "Kau gaji banyak. Kenapa tak hantar anak kau masuk kelas taekwondo atau tunggang kuda ketika cuti sekolah ni? Kau benak ke?" luah pengadu lagi. Melayan kerenah cucu yang nakal boleh menyebabkan orang tua kepenatan. -Gambar hiasan Di ruangan komen, ramai netizen turut menyelar tindakan kakak pengadu yang dianggap tidak bertanggungjawab. "Memang ada anak perangai macam ni. Nak jimat duit, dia suruh mak ayah jaga anak. "Setuju. Tak patut bebankan anak yang kecil dekat orang tua. "Ramai je perangai macam kakak pengadu," tulis netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube