suria

Orang sakit prostat pun cari Fitri Razali... Tauke produk lelaki ini cetus fenomena, pelanggan miang umpan wang besar!

Fitri merupakan antara tetamu yang hadir ke majlis rumah terbuka Terpaling Syawal mStar.

UNGKAPAN rezeki memang tak pernah salah alamat amat sangat bertepatan bagi mereka yang rajin berusaha.

Semenjak namanya mula dikenali ramai, usahawan Fitri Razali, 31, turut mengambil peluang mengusahakan perniagaan berasaskan produk makanan tambahan untuk kesihatan lelaki.

Menurut personaliti media sosial itu, dia sama sekali tidak menyangka produk suplemen berkenaan bakal menerima sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

fitri3

Fitri merancang memperkenalkan produk baharu tidak lama lagi.

"Alhamdulillah, sudah hampir setahun saya memperkenalkan produk suplemen lelaki. Jualan bulanan pun boleh mencecah RM35,000 hingga RM40,000.

"Saya memilih perniagaan ini kerana ia cukup dekat dengan diri saya. Sebelum ini saya pernah jadi model dan kerap tak berbaju, daripada situ saya nampak prospek.

"Produk ini bukan saja membantu lelaki yang mati pucuk, malah ia juga membantu mereka yang ada masalah berkaitan prostat. Kiranya sekarang ni orang yang ada masalah prostat pun cari saya," ujarnya kepada mStar.

Saya juga ada menerima gambar dan video lucah daripada pengikut lelaki dan juga perempuan.

FITRI RAZALI

Fitri berkongsi perkara itu ketika ditemui mStar pada 8 Mei lalu.

Bercerita mengenai perancangan seterusnya, Fitri berkata dia juga sedang melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk tiga lagi produk yang dijangka diperkenalkan tidak lama lagi.

Dalam pada itu menurut Fitri, di sebalik 'kemeriahan' jualan produk yang sinonim dengan kesihatan lelaki, dia mengakui turut menerima mesej berbentuk gangguan di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai risau perut buncit tapi ‘liat’ bab kira kalori makanan, jurulatih kecergasan dedah ‘musuh utama’ perlu dielak ketika raya

ARTIKEL BERKAITAN: Abang bomba sado belanja biceps terkejut tiba-tiba jadi ‘famous’, netizen jumpa akaun IG... Rupanya bertugas di balai Puchong je!

Dakwa Fitri, dia bukan sahaja menerima foto-foto lucah, malah turut diberi tawaran untuk melakukan perbuatan terkutuk dengan nilai wang yang mencecah sehingga puluhan ribu ringgit.

"Ada juga terima komen lucah, biasalah mesti ada yang tanya pelik-pelik. Mereka mungkin tiada niat nak melucah, cuma produk itu berkaitan lelaki, jadi soalan yang ditanya ke arah itu. Tapi kalau lucah melampau, saya abaikan saja.

fitri2

Fitri memiliki hampir 150,000 pengikut di Instagram.

"Saya juga ada menerima gambar dan video lucah, daripada pengikut lelaki dan juga perempuan. Saya okey saja selagi ia tak mengganggu. Saya tiada hak nak marah kalau setakat hantar gambar je.

"Sebelum ini saya juga ada dapat tawaran daripada individu yang nak bayar sehingga lebih RM10,000 untuk buat perkara bukan-bukan. Ia datang daripada lelaki dan ada juga perempuan berumur," ujarnya lagi.

fitri4

Fitri turut menerima tawaran lakonan, namun terpaksa menolaknya kerana kekangan masa.

Mengenai kerjayanya, Fitri berkata dia juga ada menerima tawaran lakonan, namun belum bersedia untuk membuat kemunculan semula.

"Saya ada menerima tawaran lakonan. Tapi belum ada kesempatan dan watak yang bersesuaian. Kali terakhir saya berlakon drama adalah pada tahun 2019.

fitri5

Fitri ambil pendekatan untuk mengabaikan sahaja mesej-mesej berunsur lucah di media sosialnya.

"Tapi disebabkan saya sibuk dengan perniagaan, saya terpaksa tolak tawaran itu. Kalau ada rezeki pada masa akan datang, saya teringin nak bawa watak jahat atau aksi," ujar jejaka yang memiliki hampir 150,000 pengikut Instagram itu.

Sebelum ini, Fitri juga aktif dalam dunia peragaan dan banyak meraih populariti melalui kandungan berkaitan kecergasan di media sosial.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain