TATKALA kita disajikan dengan pelbagai hidangan, ada insan lain di luar sana yang terpaksa ikat perut kerana bebanan kewangan. Di platform X, seorang peniaga wanita menerima pujian netizen selepas dia dan ibunya mengagihkan makanan percuma buat pekerja warga asing dan rakannya. Menurut Nurul Shima, dua lelaki itu singgah untuk menunaikan solat di sebuah surau yang terletak berhadapan gerainya di Kota Damansara, Selangor. Shima menerima pujian kerana mengagihkan makanan infak buat insan memerlukan. "Lori (pemandu dan kelindan) dalam gambar ni singgah solat kat surau depan gerai nasi bajet. Lama kemudian, kelindannya keluar habis solat. "Sambil menunggu pemandunya, dia tengok je gerai kami. Saya perasan dan senyum. Lepas tu diseluknya poket macam nak cari duit. "Tak ada (duit), dia bersandar kat dinding luar surau tu," ujarnya memulakan cerita. Terima kasih makcik... saya memang tak ada duit mahu (beli) makanan. LELAKI BANGLADESH Tersentuh melihat gelagat pekerja itu, Shima berkata ibunya segera menghulurkan dua bungkus makanan dari gerai mereka yang diinfakkan seorang hamba Allah. "Kebetulan minggu ni ada infak. Saya minta mak agihkan dan bagi juga pada orang lori tadi. Mak saya hulur dua bungkus nasi bajet kepadanya. "Saya tak ada duit mahu beli, makcik... katanya dalam slang Bangladesh. Mak beritahu yang nasi tu percuma. ARTIKEL BERKAITAN: Pertama kali bertentang mata di KLIA selepas ‘dipisah’ undang-undang! Bayi ‘berborak’ dengan bapa warga Bangladesh undang sebak ARTIKEL BERKAITAN: Jejaka Bangladesh nikah wanita tempatan, keluarga mentua sepakat masak beef bhuna! Adik ipar balik kampung awal demi cari kayu api "Dah ada orang bayarkan. Mak suruh dia makan dengan kawannya yang masih dalam surau lagi," imbas Shima lagi. Tambahnya, lelaki Bangladesh itu turut memaklumkan kepada ibunya bahawa dia tidak mempunyai duit untuk membeli makanan. "Terima kasih, makcik. Saya memang tak ada duit mahu makan," ujar Shima mengajuk semula dialog lelaki berkenaan. Sebelum berangkat pulang, dua lelaki berkenaan berulang kali berterima kasih atas jasa baik Shima dan ibunya. Aneka nasi bajet yang dijual pada harga murah di gerainya. "Pada hari yang sama, ada juga rider yang masih tak makan lagi sejak pagi. Rezeki rider tu dapat nasi percuma. "Terima kasih orang baik-baik yang pemurah menginfakkan makanan. Saya doakan semoga Allah limpahkan rezeki kalian, Amin," ujarnya lagi. Di ruangan komen, ramai netizen mendoakan agar rezeki wanita itu dan ibunya semakin melimpah ruah atas jasa baik mereka membantu golongan memerlukan. "Asbab awak kat situ. Awak panjangkan rezeki buat yang memerlukan. Terima kasih orang baik semua. "Semoga sentiasa dimurahkan rezeki selalu dan dipermudahkan segala urusan semuanya. "Moga Shima makin dimewahkan rezeki berganda ya," tulis netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube