CAHAYA mata merupakan penyeri rumah tangga. Bagi pasangan yang sudah lama berkahwin tetapi masih belum dikurniakan rezeki zuriat, pelbagai cara atau ikhtiar akan dilakukan. Selain melakukan rawatan alternatif seperti persenyawaan in vitro (IVF), ada yang memilih untuk bersedekah dan menabur bakti kepada orang ramai. Perkara sama dilakukan seorang pemandu e-hailing yang dikenali sebagai Khairul pada 28 Mei lalu, apabila dia memilih untuk bersedekah dan memohon doa daripada seorang penumpangnya. Hantaran yang dibuat seorang penumpang e-hailing. Kebaikannya itu dikongsikan penumpang wanita berkenaan di laman TikTok sebagai tanda penghargaan. Memulakan cerita, ujar wanita itu, dia membuat tempahan e-hailing untuk menjemputnya dari sebuah klinik menuju ke rumahnya sekitar pukul 11 pagi, Selasa lalu. “Aku order Grab dari tempat aku check-up ke rumah. Kemudian abang Grab ni pun sampai, aku pun macam biasa naik kereta dan main telefon. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita pejuang TTC sayu ‘malaikat kecil’ hadir dalam tempoh idah... Bekas suami tengah seronok buat persiapan kahwin lepas raya ARTIKEL BERKAITAN: Kawan baik asyik borak hal anak, wanita TTC ‘krik krik’ tak tahu mencelah... Sudahnya elak lepak sama demi jaga emosi sendiri “Tahu-tahu sampai di flat, aku pun keluarkan duit nak bayar tapi abang Grab tu cakap tak payah. “Dia nak aku doakan dia dan isteri dapat anak... terus aku sebak, aku suruh juga dia ambil duit tapi dia tetap tolak,” luahnya. Berkali-kali duit yang dihulurkan ditolak, wanita tersebut akhirnya mengalah. Dia kemudian keluar dan mengucapkan terima kasih kepada pemandu Grab tersebut sambil berdoa semoga dia dan pasangan diberikan rezeki zuriat. “Kadang-kadang duit tak bermakna apabila hanya sepotong doa yang ikhlas sahaja mampu meredakan segala kekusutan. WARGA MAYA “Dia tolak juga duit yang aku bagi dan cakap ikhlas... aku pun sambil buka pintu terus ucapkan terima kasih semoga abang dan isteri mendapat zuriat serta dimurahkan rezeki,” katanya sebak. Video yang dikongsikan itu menjadi tular sehingga mendapat perhatian isteri kepada pemandu e-hailing tersebut. Menerusi ruangan komen, pemilik akaun Momy Nurul meluahkan rasa terharu selepas membaca setiap komen balas yang ditinggalkan warga maya pada video tersebut. “MasyaAllah tak berhenti air mata ni baca komen daripada anda semua... asbab suami saya sayu melihat wanita mengandung, sedang kami suami isteri masih sabar menunggu keajaiban Allah. Terima kasih adik buat nukilan untuk kami,” luahnya. Warga maya turut mendoakan pemandu e hailing berkenaan. Rata-rata warga maya turut menitipkan doa buat pasangan berkenaan supaya segera dikurniakan cahaya mata. Tidak kurang juga yang meninggalkan beberapa petua dan tip bagi membantu memudahkan mereka memperoleh anak. “Kadang-kadang duit tak bermakna apabila hanya sepotong doa yang ikhlas sahaja mampu meredakan segala kekusutan. Semoga pasangan TTC (trying to conceive) cepat dapat bayi termasuk adikku. “Asbab kamu up pasal abang tu ramai yang doakan dia, syukur... mudah-mudahan kabul la doa-doa mereka ni untuk abang tu. “Betul apa abang tu buat. Saya pernah dengar ceramah ustaz, kita cuba ikhtiar. Cuba sedekah makanan pada siapa-siapa dan niat pahala tu untuk dapatkan zuriat insya-Allah,” ujar beberapa warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube