suria

Dari sekolah rendah ke menengah, bapa diam-diam ekori anak dari jauh... Kantoi masa bawa kereta ke universiti

Kebanyakan bapa jarang mengucapkan sayang mereka kepada anak. -Gambar hiasan

KASIH ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa.

Figura seorang bapa yang sinonim dengan sifat tegas biasanya jarang menzahirkan rasa sayang terhadap anak-anak melalui kata-kata.

Sebaliknya, ketua keluarga ini lebih selesa menunjukkan kasih sayang kepada anak-anak melalui perbuatan dan tindakan sepanjang hayat mereka.

People cleaning up grave of their love ones at Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara 1, Kuala Lumpur. Muslims in Malaysia will observe the Ramadhan or fasting month on Monday, May 6, 2019. RAJA FAISAL HISHAN/The Star

Kematian bapa merupakan mimpi ngeri setiap anak. -Gambar hiasan

Di TikTok, tangkap layar perkongsian seorang anak mengenai pengorbanan arwah bapanya mengundang air mata netizen.

Menurut individu dikenali sebagai Satria Angkasa itu, arwah sering mengekorinya secara diam-diam kerana risaukan keselamatan anak.

"Setiap kali saya ikut trip sekolah, tiba-tiba akan nampak kelibat arwah ayah saya. Dia tak akan tegur atau kacau, tapi akan muncul sampai kawan-kawan pun dah tahu.

Masa kali pertama saya bawa kereta pergi universiti, ayah saya rupanya ikut kat belakang.

SATRIA ANGKASA

"Saya rasa benda tu comel. Masa saya pertama kali nak cuba naik bas, ayah saya akan ikut bas tu. Tanpa saya tahu, tiba-tiba bila sampai destinasi, saya nampak ayah saya dah siap tunggu kat belakang bas," imbasnya.

Tidak terhenti ketika zaman persekolahan, individu itu berkata bapanya masih melakukan perkara sama selepas dia melanjutkan pengajian ke peringkat universiti.

Meskipun bapanya telah meninggal dunia, individu itu berkata kenangan bersama arwah serta kepercayaan yang diberi akan dikenangnya sampai bila-bila.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa ‘salute’ anak kerja biasa-biasa menabung setahun demi hadiah ibu... Terbeliak tengok duit RM5,000 bayar barang kemas

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa tuduh anak tak kuat sembahyang punca cucu lambat bercakap... Hantar ‘speech therapy’ pun salah, anggar bazir duit!

"Masa kali pertama saya bawa kereta pergi universiti, ayah saya rupanya ikut kat belakang. Jadi kantoi sebab saya salah simpang. Masa tu belum ada aplikasi Waze.

"Ayah saya call, dia cakap salah masuk jalan. Ayah saya dah tak ada tapi saya akan ingat sampai bila-bila apa yang ayah saya buat.

"Dia tak halang, ayah bagi kepercayaan, tapi tetap berjaga-jaga dan saya pegang kepercayaan itu. Insya-Allah," ujarnya lagi.

Di ruangan komen, ramai yang turut berkongsi tentang bapa mereka yang turut melakukan perkara sama.

bapa 2

Ibu dan bapa mempunyai cara berbeza untuk menunjukkan kasih sayang kepada anak-anak. -Gambar hiasan

"Sama macam arwah ayah saya. Masa tu zaman sekolah, saya aktif kelab. Tiap kali ada pertandingan, mesti tahu-tahu ayah ada celah-celah orang ramai walaupun jauh tempat tu.

"Rindu arwah ayah. Ayah dulu ikut belakang motor saya sebab saya kerja tol. Kerja syif malam pun dia ikut. Rindunya.

"Waktu kerja dulu, malam ke, hujan ke, mesti abah jemput. Kadang saya terdetik, ada ke lelaki boleh layan saya sebaik abah saya?

"Arwah ayah saya dulu, saya nak pergi mana semua dia hantar. Saya nak keluar dengan kawan saya, dia join sekali bawa kawan-kawan saya," kongsi netizen pula.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain