SETIAP ibu bapa atau penjaga pastinya akan berbangga dengan kejayaan anak sama ada dalam akademik atau bidang lain. Ketika ramai yang suka menguar-uarkan khabar gembira anak masing-masing kepada orang sekeliling, ada juga ibu bapa yang lebih suka mendiamkan diri kerana risau tindakan itu akan menimbulkan rasa iri hati atau rasa rendah diri orang terdekat sehingga membawa mudarat. Melalui satu perkongsian di laman Facebook, seorang individu menceritakan prinsip 'unik' yang diterapkan dalam keluarga saudaranya. Keputusan peperiksaan sering menjadi kayu pengukur masyarakat. -Gambar hiasan Menurut individu itu, walaupun anak saudaranya memperoleh keputusan cemerlang 11A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), mereka sekeluarga dilihat bersederhana dalam menerima rezeki yang dikurniakan. "Hebat weh 11A dalam SPM, tapi ayah dia senyap je tak beritahu sesiapa. Tiga tahun lepas, kakak dia pun sama straight A, ayah dia tetap tak kongsikan berita tu kepada sesiapa. "Sekarang kakak tu dah kerja sebagai doktor gigi, Alhamdulillah," katanya menerusi satu perkongsian di media sosial. Individu itu menambah, 20 tahun dulu dia berjaya merangkul anugerah pelajar terbaik dalam peperiksaan dan kedudukan 10 teratas dalam daerah tetapi ibu bapanya mengambil pendekatan sama. ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki bidas individu gagal SPM bangga dapat gaji 3k, tayang Honda City terpakai - “Dia tak tahu ni level angkat buah kelapa je” ARTIKEL BERKAITAN: Sangat positif, tiada kekesalan! Remaja gagal semua subjek SPM beri sebab tak perlu risau, yang penting ada ‘progres’ "Ibu dan abah juga tak beritahu sesiapa, katanya nak jaga hati sepupu dan anak-anak jiran. Tradisi tu kami teruskan sampai sekarang. Hari tu saya lulus doktor falsafah (PhD) pun tak beritahu sesiapa, hanya telefon ibu dan abah. "Mereka cuma cakap Alhamdulillah, tak sibuk canang dekat orang lain. Inilah cara kami dibesarkan, gunakan dengan bertanggungjawab ilmu yang dikurniakan dan InsyaAllah Tuhan akan permudahkan urusan hidup kita," kata individu itu menutup bicara. Apabila ramai tahu tentang kejayaan kita, besar kemungkinan akan ada segelintir yang busuk hati dan mahu lihat kita jatuh. WARGA MAYA Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya turut bersetuju dengan pendirian individu berkenaan yang dianggap lebih matang. "Suka dengan cara bro ni! Walaupun niat sekadar mahu kongsi berita baik sesama kenalan atau jiran tetangga, benda tu secara tak langsung boleh menyebabkan perbandingan antara satu sama lain. Warga maya bertukar pandangan. "Jadi ada baiknya untuk apa-apa kejayaan simpan sendiri je. Kalau satu kawasan perumahan tahu, mesti mereka yang kurang bernasib baik akan jadi mangsa. Contohnya, kau tengok jiran sebelah, dapat belajar overseas, kau buat apa je? "Apabila ramai tahu tentang kejayaan kita, besar kemungkinan akan ada segelintir yang busuk hati dan mahu lihat kita jatuh. Itu terjadinya tikam belakang, sihir dan sebagainya. Berpada-padalah," kata sebahagian warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube