PEMBANGUNAN yang pesat bermaksud tanah lapang di kawasan bandar juga semakin terhad. Oleh itu kediaman bertingkat seperti pangsapuri dan apartmen diperhatikan muncul bagai cendawan tumbuh selepas hujan bagi memaksimumkan penggunaan ruang dan memenuhi permintaan pembeli. Namun ketika banyak kediaman jenis bertingkat tinggi dibangunkan, tular di laman X mengenai kondominum yang tidak mempunyai balkoni. Balkoni dibina di kebanyakan rumah pangsa. -Gambar hiasan Perkara itu menimbulkan perbincangan hangat dalam kalangan warga maya yang berasa aneh dengan binaan seperti itu. "Saya perasan rumah baharu sekarang banyak yang tiada balkoni, kenapa ya? Masalahnya masih ramai yang membeli rumah begini. "Pelik betul, saya pun duduk rumah apartmen, tak boleh terima kalau tiada balkoni. Sebab kita duduk dekat atas udara, tak ada tanah sendiri, jadi balkoni ni ibarat 'tanah' kita. ARTIKEL BERKAITAN: Jiran tak tenteram tengok gazebo atas ‘langit’, bumbung merah halang pemandangan... Ramai pelik macam mana dapat kelulusan ARTIKEL BERKAITAN: Tuan rumah untung besar, ubah suai pangsapuri jadi ‘penthouse’ 6 bilik... Kutip sewa lebih RM2,000 tapi bayar bank cuma RM800 sebulan "Sini la tempatnya nak sidai baju, hirup udara segar, bagi kucing main, tanam pokok hiasan dan lain-lain," kata pelayar. Dalam pada itu, melewati satu hantaran lain di laman Facebook, warga maya menjelaskan keputusan pemaju untuk 'mengetepikan' balkoni dalam pelan mempunyai kaitan dengan ragam penduduk di Malaysia. Apabila kita buang balkoni ni, ruang kaki persegi dalam rumah pun jadi lebih luas. WARGA MAYA "Daripada perspektif seorang pemaju, ramai orang kita yang suka sidai baju dan ubah suai balkoni ikut sesedap hati. Benda macam ni mencacatkan pandangan, jadi lebih baik 'buang' je terus balkoni ni. Lagi satu faktor keselamatan, dah banyak kes budak jatuh balkoni. "Kalau nak ada ruang yang seakan balkoni pun mungkin dalam rumah, kita biasa panggil sebagai wet area. Lagi satu balkoni ni ramai orang kita suka letak barang terpakai, macam stor rupanya. Nampak buruk kondominium tu kalau semua buat macam ni. Sebahagian ciapan balas warga maya. "Apabila kita 'buang' balkoni ni, ruang kaki persegi dalam rumah pun jadi lebih luas. Boleh digantikan dengan benda lain lebih bermanfaat seperti bilik utiliti atau ruangan simpan barang. "Lagipun cuaca di Malaysia tak sesuai letak balkoni, kalau ribut boleh tempias sampai banjir dan belumut. Kena ingat kita bukan negara Eropah yang cuacanya santai, tak patut letak meja dan kerusi apa semua," jelas warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube