suria

Penjaja Indonesia mulut manis, pandai ambil hati... Wanita tempatan mudah ‘cair’, terus hulur RM50 borong barang

Liza berkongsi kisah jirannya dari Indonesia yang pandai berniaga. -Gambar hiasan (kanan)

BAGI golongan peniaga, pelanggan akan dianggap sebagai 'raja' tidak kiralah mereka membeli dalam nilai yang kecil atau besar.

Tetapi tidak semua peniaga mampu atau mempunyai kemahiran memujuk dan memikat hati pelanggan untuk membeli produk yang dijual.

Namun, bagi Liza Jahaya, dia begitu tertarik dengan cara dan pendekatan yang digunakan oleh seorang jirannya dalam berniaga.

"Dekat belakang rumah saya ni ada rumah sewa yang diduduki beberapa warga Indonesia.

Setiap peniaga mempunyai cara tersendiri untuk menambat hati pelanggan. -Gambar hiasan

"Mereka bekerja kait kepala sawit dan kerja di kedai makan," ujarnya memulakan cerita.

Berkongsi kisah melalui posting di Facebook, dia bercerita tentang bagaimana jiran yang dipanggil bibik Wati berjaya memikat hatinya untuk 'memborong' barang-barang yang dijual.

Menurut Liza, dia berasa kagum dengan kerajinan dan kemesraan yang ditunjukkan oleh bibik Wati ketika berniaga, membuatkan dia senang hati untuk membuat pembelian.

"Pagi hari lagi dia sudah datang ke rumah. Assalamualaikum kakak, lama betul bibik tak jumpa kakak. Katanya sambil menjinjit beberapa barang.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar U akui belum cukup ilmu, termenung selepas tertipu dengan ‘instant transfer’ pelanggan ramah - “Modal tu hasil saya bancuh simen, angkat batu-bata”

ARTIKEL BERKAITAN: Suami orang berniaga di bazar sambil berskandal! Geng peniaga simpati fikir isterinya di rumah, tak sanggup bersubahat

"Keropok dengan jamu kakak ada lagi tak? Ni bibik bawakan yang baharu. Hai mudahnya dia berniaga... ramah mulutnya," kata Liza.

Walaupun bibik Wati hanya menawarkan jamu dan keropok goreng, Liza turut membeli barangan lain seperti beberapa biji terung, dua balang kerepek pisang dan 10 bekas tapai.

Semua barang tersebut dibeli pada harga RM50 sebagaimana dijelaskan Liza dalam posting yang sama.

"Tahu-tahu melayang RM50 duit kita. Patutlah pendapatannya beribu tiap bulan. Rajin, peramah, baik hati dan pandai ambil hati," dia mengaitkan cara bibik Wati berniaga dengan pendapatannya.

Hai mudahnya dia berniaga... ramah mulutnya.

LIZA

Hantaran dikongsikan wanita ini meraih perhatian ramai dengan rata-rata warganet memuji warga Indonesia tersebut.

"Betul la tu mereka tak memilih kerja. Potong sawit memerlukan kudrat yang kuat. Dulu kita upah Indonesia tapi sekarang buat sendiri. Baru tahu penatnya.

"Ada seorang bibik ni pukul 5 pagi bersihkan kedai dobi layan diri, lepas tu cuci rumah dalam 5 jam, bersih taska, malam pula ambil upah kupas ubi buat kerepek... Hantar duit ke Medan, buat rumah, dah 17 tahun kat negara kita.

Komen netizen pada hantaran asal.

Kalau menyenangkan kita apa salahnya. Tak payah siapkan bahan-bahan untuk jamu atau tapai, tak perlu berlengas ke kebun, potong sayur... angkut barang sampai lenguh kaki. Tahu-tahu terconggok depan rumah, Alhamdulillah kita tinggal buka mulut suap jer," demikian antara komen netizen.

Bagaimanapun, ada juga yang memberi nasihat supaya berhati-hati dalam berurus niaga dengan warga asing.

"Baik ada makna tu, jangan baik sangat, dah terkena dengan ipar sendiri.

"Baik ada makna, last-last kita yang kena... bijak bibik buat duit tahu-tahu siap banglo sebiji kat kampung," antara saranan netizen.

Jika diperhatikan di ruangan komen, Liza menjelaskan barangan tersebut dibeli pada separuh harga.

Malah, bibik Wati juga merupakan kenalan lama yang turut menawarkan perkhidmatan tukang urut sekiranya diperlukan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain