suria

Mak ayah tak ajar, harapkan sekolah semata-mata... Guru dedah ramai pelajar tak tahu solat! Risau fikir masa depan negara

Individu yang sudah akil baligh diwajibkan solat fardu lima waktu. -Gambar hiasan

UNGKAPAN 'melentur buluh biarlah dari rebungnya' amat sinonim dengan proses mendidik anak-anak.

Antara perkara yang perlu dididik dalam diri setiap manusia sejak kecil adalah tentang solat yang merupakan tiang agama.

Walaupun begitu, melalui hantaran tular di laman Facebook, seorang wanita yang juga pendidik dipercayai di sebuahh sekolah menengah membuat satu pendedahan mengejutkan mengenai sahsiah pelajar.

Pembangunan anak muda merupakan tanggungjawab bersama. -Gambar hiasan

Menurutnya, ramai pelajar hari ini tidak pandai mendirikan solat, berkemungkinan langsung tidak didedahkan mengenai kewajipan fardu ain itu oleh ibu bapa atau penjaga di rumah.

"Cikgu-cikgu je tahu betapa ramai pelajar terutamanya budak sekolah menengah yang langsung tak solat. Ada sesetengah tu berapa rakaat dalam setiap solat pun tak tahu.

"Padahal dilahirkan Islam, dibesarkan pun dalam keluarga Islam. Menyedihkan sekali," ujar wanita tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Nikahi ustazah tapi jadi lelaki ‘tersakiti’... Pandai masak, mengaji namun gagal layan batin suami

ARTIKEL BERKAITAN: Geng bapa-bapa naik RXZ pandai kemas rumah, pemilik homestay di Terengganu puas hati... Siap solat jemaah di masjid

Manakala dalam satu hantaran berbeza, seorang lagi guru turut tampil menceritakan pengalamannya dalam hal tersebut.

"Ini semua berpunca daripada masalah keruntuhan rumah tangga. Ada seorang pelajar ni dia beritahu aku, mak saya memang tak pernah ajar tentang solat.

"Ayah dia pula memang dah lama menghilang, sampai pelajar tu sendiri pun tak kenal dan tak pernah tahu siapa ayahnya. Budak tu tiada tempat untuk dia belajar dan merujuk, terkontang-kanting.

Jangan hanya tahu 'campak' anak ke sekolah untuk mereka belajar semua benda.

WARGA MAYA

"Sedih sekali keadaan masyarakat kita dan juga sangat menakutkan fikirkan masa depan negara kita," kata guru berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya cuba mencari jalan penyelesaian untuk menyelamatkan generasi belia hari ini.

"Dalam hal ni tak boleh harapkan sekolah atau guru semata-mata, kita sebagai ibu bapa atau saudara-mara terdekat perlu proaktif dalam membimbing ahli keluarga. Jangan hanya tahu 'campak' anak ke sekolah untuk mereka belajar semua benda.

Warga maya bertukar pandangan.

"Macam saya sendiri yang baru setahun jagung bergelar ibu, saya selalu ajak anak saya untuk solat berjemaah sekali. Saya akui dulu waktu zaman remaja saya banyak lalai, saya tak mahu anak jadi macam saya.

"Semua ni adalah satu kitaran, kita sebagai ibu bapa yang pegang kuasa untuk hentikan atau buat perubahan.

"Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mungkin juga boleh mengeluarkan silibus baharu di sekolah yang menumpukan kepada aktiviti amali untuk menguatkan asas fardu ain," kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain