suria

Lelaki dedah buat silap besar dalam hidup, merana kahwin isteri sakit mental... Menyesal tak buat ujian psikiatri dulu

Pelbagai rintangan boleh muncul dalam sesebuah rumah tangga. -Gambar hiasan

SESAL dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

Ungkapan ini amat sesuai untuk mereka yang mahu membuat satu keputusan besar seperti membina rumah tangga, yang mana wajar untuk seseorang itu berfikir masak-masak agar tidak menyesal di kemudian hari.

Melalui satu luahan tanpa nama di laman X, seorang lelaki meluahkan rasa kecewa dengan isteri dinikahinya yang didakwa mempunyai masalah mental kronik.

Isu kesihatan mental wajar dipandang serius. -Gambar hiasan

Menurut lelaki itu, dia berpendapat adalah lebih baik untuk lelaki di luar sana membuat ujian psikiatri ke atas pasangan sebelum berkahwin supaya tidak menyesal atau salah memilih.

"Aku sangat sokong nasihat di media sosial untuk periksa keadaan mental pasangan sebelum berkahwin. Jangan jadi macam aku, tersilap kahwin isteri sakit mental, terus merana hidup ni.

"Tak jadi apa hidup kalau nak cuba urus isteri yang mental ni. Ia adalah satu kitaran yang tiada pengakhirannya, kita terus-menerus terseksa. Pada awalnya, aku ingat aku boleh jadikan isteri insan yang lebih baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sabar nak kahwin, wanita terima pinangan laki lain... Tinggal pakwe sehari sebelum nikah, kini gila bayang teringat ex-BF

ARTIKEL BERKAITAN: Suami bawa diri tidur dalam stor, kepala ‘berat’ fikir masalah... Lepas dengar ceramah ustaz terus buang ego, balik cari isteri luah perasaan

"Rupanya aku salah, aku tak mampu buat semua tu, isteri aku memang sakit yang tiada sembuh. Hampir separuh gila aku sekarang ni, aku rasa macam aku pula yang mahu sakit mental.

"Untuk rekod, isteri aku sakit borderline personality disorder (BPD) dan major depressive disorder (MDD). Kalau waktu datang dia punya mental, huru-hara rumah ni. Aku cuba memahami tapi belum cukup kuat," luahnya.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya pula berpandangan ada hikmah atas apa yang berlaku dalam rumah tangganya.

Abang pun bukannya sempurna sampai tidak boleh menerima ketidaksempurnaan orang lain, banyakkan bersabar dan bersyukur.

WARGA MAYA

"Kalau abang orang Islam, fikir satu benda je, setiap apa yang berlaku dalam hidup kita pasti ada sebabnya. Kalau abang dah dijodohkan dengan isteri seperti itu, terimalah dengan hati terbuka.

"Abang pun bukannya sempurna sampai tidak boleh menerima ketidaksempurnaan orang lain, banyakkan bersabar dan bersyukur. Cadangan saya, mungkin juga isteri abang tu boleh dibawa untuk perubatan alternatif seperti Darussyifa'.

Warga maya bertukar pandangan.

"Jangan terburu-buru untuk berkahwin, cuba kenali pasangan luar dan dalam dulu. Isteri ni bukan barang yang kau boleh sesenang pulangkan semula kalau dah tak suka. Dia selamanya tanggungjawab kau.

"Pendapat saya, masukkan isteri tu ke wad psikiatri untuk dapatkan rawatan profesional. Berdasarkan apa abang cerita ni, bahaya untuk orang sekeliling terutamanya kalau abang dah ada anak," demikian antara komen warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain