suria

Wanita rindu tempat mengadu, suami dijemput Ilahi lepas 8 bulan tinggal sebumbung... Mahu ziarah pusara lepas habis idah

Allahyarham Mohd Fahmi Izzudin meninggalkan seorang balu dan dua cahaya mata.

HILANG suami ibarat hilang separuh nyawa.

Begitulah gambaran kesedihan yang terpaksa dilalui Fatin Nur Shafiqah yang kehilangan suaminya, Mohd Fahmi Izzudin dalam kemalangan jalan raya pada 30 Mac lalu.

Kisah yang meruntun hati itu meraih perhatian netizen selepas Fatin membuat perkongsian di TikTok sempena memperingati dua bulan pemergian suaminya.

fatin 5

Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata selepas mendirikan rumah tangga pada tahun 2009.

"Dua bulan berlalu tanpa kamu, rindu tempat nak mengadu. Semoga suatu hari nanti Allah mempertemukan kita.

"Bukan tak reda. Tapi hati kecil ini hanya perlu masa. Banyak mana pun waktu berlalu, tapi tetap tak boleh hilang rasa kecewa.

"Kecewa, bukan tak terima. Semoga Allah kurniakan syurga buat suami saya," tulis Fatin menerusi TikTok.

Dua ke tiga jam sebelum kejadian, kami beli baju raya... dia disahkan meninggal di tempat kejadian.

FATIN NUR SYAFIQAH

Ketika dihubungi mStar, Fatin berkata suaminya meninggal dunia 10 hari sebelum umat Islam di Malaysia meraikan Hari Raya Aidilfitri.

Lebih menyedihkan kata Fatin, dia dan arwah sempat membeli baju raya beberapa jam sebelum suaminya maut dalam kemalangan di Tikam Batu, menghala ke Bertam, Pulau Pinang.

"Dua ke tiga jam sebelum kejadian, kami beli baju raya. Kemudian 5.30 petang dia bertolak ke tempat kerja. Dalam pukul 7 malam dia kemalangan dan disahkan meninggal di tempat kejadian.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami meninggal dunia selepas 20 hari ditidurkan... Isteri kering air mata, langsung tak menangis - “Saya nampak betapa sakitnya dia”

ARTIKEL BERKAITAN: Suami meninggal dunia sebulan sebelum bayi lahir, isteri baru sedar arwah bagi ‘hint’... Yakin Allah dah susun cantik-cantik

"Arwah terlanggar belakang kereta. Saya difahamkan tayar kereta tu pecah. Kereta tu dari lorong tengah nak masuk ke laluan motor. Kebetulan suami di belakang. Jadi dia langgar kereta tu.

"Arwah alami kecederaan di belakang kepala. Kejadian berlaku sebelum berbuka puasa. Hari tu dia kerja syif malam. Suami merupakan site safety supervisor yang bekerja di Bayan Lepas," ujarnya.

Menurut Fatin, kes kemalangan yang mengakibatkan kematian suaminya masih lagi berada dalam siasatan pihak berkuasa.

fatin 3

Fatin berhasrat melawat pusara arwah selepas tamat idah hujung Ogos nanti.

Fatin yang menetap di Alor Setar, Kedah berkata dia kini sedang menunggu berakhirnya tempoh idah untuk membawa dua anaknya menziarahi pusara arwah yang terletak di Pekan Darat, Pulau Pinang.

"Anak kami kedua-duanya lelaki. Yang sulung umur dua tahun, yang kedua umur sembilan bulan. Arwah dikebumikan di kampungnya di Pulau Pinang. Saya masih lagi dalam tempoh idah.

"Ia akan berakhir pada hujung Ogos nanti. Jadi saya merancang untuk bawa sendiri anak-anak saya menziarahi pusara arwah nanti.

fatin 4

Arwah terlibat kemalangan ketika dalam perjalanan ke tempat kerjanya,

"Saya memang reda dengan kematiannya sejak awal. Cuma setiap masa ingat, nak lupakan tu susah. Memang terkesan tanpa suami di sisi. Saya kongsi di TikTok sebab nak luahkan emosi.

"Dulu arwah kerja kapal. Kami pasangan jarak jauh (PJJ). Lepas saya bersalin anak kedua, baru arwah kerja di darat. Kiranya baru lapan bulan dia duduk rumah, tapi Allah lebih sayangkannya," ujarnya.

Tambah Fatin, kata-kata semangat serta doa netizen di TikTok turut memberi kekuatan untuknya terus mendepani hari mendatang.

Untuk rekod, Fatin dan arwah suaminya, masing-masing berusia 29 tahun pernah sama-sama mengikuti pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok sebelum mereka berkahwin pada 2019.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain