LATIHAN praktikal diwujudkan adalah sebagai satu platform untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang realiti alam pekerjaan. Dalam fasa itu, menjadi satu impian buat para pelatih untuk diserap sebagai kakitangan tetap atas pelbagai faktor seperti sudah memahami corak kerja atau tawaran gaji lumayan. Namun melalui satu hantaran di laman X, seorang pelajar mendedahkan dia berdepan pengalaman yang membebankan sewaktu menjalani latihan praktikal di sebuah syarikat perniagaan milik sebuah keluarga. Kata pelajar berkenaan, budaya kerja syarikat itu dilihat tidak sistematik selain sikap tidak profesional dalam kalangan adik-beradik yang menguruskan perniagaan. Majikan perlu mengambil tahu kebajikan pekerja serta pelajar praktikal. -Gambar hiasan "Saya saksi semasa perbincangan tapi sebenarnya tengah bergaduh antara adik-beradik, yang jadi mangsa adalah pekerja. "Perancangan mereka selalu lari, nak jaga kualiti tapi hanya mahukan hasil sahaja. "Pendapat pekerja tak pernah nak ambil tahu," jelas pelajar itu tentang apa yang terpaksa dihadapinya. Malah dia juga diminta bekerja di luar waktu kerana perlu menyiapkan laporan untuk majikannya. Bukan ittu sahaja, sikap salah seorang anak majikan yang turut sama bekerja di syarikat itu namun sering curi tulang mengundang rasa kurang senang pekerja lain. ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar ‘intern’ ajak mak jumpa bos, stres disuruh masuk data dalam sistem... Siap bawa surat doktor nak berhenti kerja ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar intern serah tubuh, tertipu dengan janji senior alim di pejabat! Terus tak jadi kahwin sebab ‘dah dapat’ "Ada sahaja pekerja dah sakit-sakit badan masa bekerja tapi anak bos tidur dalam pejabat sambil letak kaki di atas meja. "Sedangkan dia juga sama level dengan operator lain, cuma statusnya adalah anak bos," luah pelajar itu. Lebih merumitkan apabila pelajar tersebut turut memberitahu dia dimarahi tanpa sebab oleh salah seorang ahli keluarga itu semasa bekerja. Masa latihan industri saya tak boleh tenang sangat sebab anak dia yang seorang tu baran tak kena tempat. PELAJAR PRAKTIKAL Malah dia turut menyifatkan majikannya seorang yang pilih bulu kerana langsung tidak menghiraukan kebajikan pelatih serta pekerja di syarikatnya sendiri. "Masa latihan industri ni saya tak boleh tenang sangat sebab anak dia yang seorang itu baran tak kena tempat. "Saya pernah menangis sambil pergi periksa bahagian pengeluaran sebab kena halau keluar pejabat tiba-tiba tanpa sebab. Antara rintihan pelajar tersebut "Bos tak nak marah anak dia kerana tak mahu layan perangai anak sendiri yang berumur 30-an sehingga merajuk tidak mahu datang kerja," rintihannya. Ujar pelajar itu lagi, dia bagaimanapun berdepan satu lagi masalah kerana keluarganya sendiri terlalu memaksa agar mencari peluang pekerjaan tetap di syarikat berkenaan. Antara alasan yang diberikan ialah lokasi tempat latihan industri itu berdekatan dengan rumah dan dia tidak perlu menyewa bilik atau rumah jika terus bekerja selepas tamat pengajian. Kini pelajar tersebut berada di dalam dilema kerana dia lebih mengetahui keadaan di dalam syarikat berkenaan selain menaruh harapan untuk cuba mencari peluang pekerjaan lebih baik. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube