RAKAMAN video seorang gadis menampal pelekat manik berlian pada sebuah motosikal meraih perhatian ramai sehingga ditonton hampir 2 juta pelayar di TikTok. Malah kapsyen 'kalau kau cabut, kau tak sayang aku' pada perkongsian berkenaan mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya terutama dalam kalangan pelayar wanita. Kebanyakannya menyelar tindakan gadis terbabit dan menyatakan tingkah lakunya itu agak keterlaluan. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Aku tak akan malukan lelaki dengan buat benda macam ni. "Aku yang single pun tak sampai hati nak buat macam ni kalau ada BF (teman lelaki). Penat-penat dia bayar bulanan motor, kemudian tampal pelekat. "Aku rela putus dengan awek daripada motor aku dimalukan dengan kawan-kawan, memang tujuh keturunan tak habis kena bahan. "Motor dia terlalu 'handsome' untuk dibuat begini," ujar beberapa warga maya. ARTIKEL BERKAITAN: Tunggu lama nak toleh depan! Video siswa UUM melamar kekasih gadis Kelantan bikin cemas, ramai nak tahu kesudahan ARTIKEL BERKAITAN: Siswi tak kisah jadi ATM kekasih, konon GF terpaling memahami... Dedah pakwe belum bayar RM6,000 tapi yakin si dia setia Berkongsi cerita dengan mStar, pemilik motosikal Yamaha Y15ZR, Areef Farhan Wahid Ali berkata, dia dan teman wanita Alya Diyanah tidak berkecil hati dengan komen-komen negatif yang ditinggalkan warga maya. "GF (teman wanita) saya ni santai je sebab komen tu semua tidak mendatangkan rugi atau mengundang masalah dalam hubungan kami. "Dia positif. Asalkan content saya tiada perkara yang lucah atau buruk... lagipun saya cuma kongsikan kebahagiaan yang saya rasa," ujarnya ketika dihubungi mStar. Banyak perempuan yang saya cuba tapi dia seorang je nampak beria... Alya seorang yang kelakar. AREEF FARHAN Malah bagi anak muda berusia 25 tahun itu, apa sahaja yang dilakukan kekasih hatinya tidak menjejaskan hubungan percintaan yang terjalin sejak bulan September tahun lalu. Tambahan pula, ia dibuat bagi mengelakkan rakan-rakannya mengambil kesempatan seperti meminjam motosikalnya untuk kegunaan sendiri. "Dia kata sebab nak motor saya nampak lain daripada yang lain. Lagi satu sebab dia tak mahu kawan-kawan saya pinjam motor tu. "Saya tak marah sebab saya suka apa sahaja yang buat dia bahagia, asalkan perkara tu tidak menyusahkan saya," ujarnya yang bekerja di sebuah kilang di Sungai Buloh, Selangor. Warga maya meninggalkan pelbagai reaksi pada ruangan komen. Mengimbau perkenalannya dengan gadis berusia 20 tahun itu, ujarnya mereka saling berkenalan menerusi aplikasi cari jodoh pada bulan Ogos 2023. "Kami bercinta pada bulan September sehingga sekarang. Masa tu saya memang nak sangat cari teman wanita. "Banyak perempuan yang saya cuba tapi dia seorang je nampak beria dan banyak tanya. Alya seorang yang kelakar sebab tu saya minat pada dia. "Dia pun cakap dah puas enjoy dan nak cari lelaki yang boleh dijadikan suami. Jadi saya rancang nak kahwin tahun depan sebab dah jumpa calon," tambahnya lagi. Dia yang mesra disapa Ayep berkata, hubungan mereka juga direstui kedua-dua belah keluarga. Malah ibu bapanya juga sudah merisik Alya dan dalam perancangan untuk bertunang pada hujung tahun ini. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube