suria

Rupanya konsep ‘childfree’ makin popular di Malaysia, kahwin tapi tak mahu anak... Suami isteri rasa serabut jika ada zuriat!

Topik perkahwinan childfree hangat dibincangkan selepas ia dibangkitkan seorang pengamal undang-undang Syariah. -Gambar hiasan

PASANGAN yang mendirikan rumah tangga pastinya mengimpikan kehadiran cahaya mata sebagai pelengkap kehidupan mereka.

Namun ada juga suami isteri di negara ini yang selesa menjalani kehidupan tanpa zuriat dan tidak merancang untuk menyambung keturunan.

Seorang pengamal undang-undang Syariah, Syazwan Ahmad turut mengupas topik mengenai perkahwinan childfree menerusi TikTok sehingga ia meraih perhatian netizen.

WhatsApp Image 2024-06-06 at 1.56.38 PM

Anak merupakan amanah Allah untuk suami isteri. -Gambar hiasan

"Pernah dengar tentang childfree lifestyle? Baru dengar istilah itu ketika mendengar radio. Apa itu childfree?

"Childfree lifestyle merujuk kepada pasangan yang memutuskan tidak mahu mempunyai anak selepas kahwin. Apabila saya buat pencarian istilah itu, negara Indonesia antara yang aktif membincangkannya.

"Antara faktor yang menyebabkan pasangan memilih untuk tidak mempunyai anak adalah kerana belum bersedia dan faktor kewangan," tulisnya.

Saya childfree walaupun 17 tahun kahwin... tiada penyesalan.

NETIZEN

Dalam hantaran sama, Syazwan turut bertanya sekiranya fahaman itu boleh diterima di Malaysia dan meminta netizen berkongsi pendapat masing-masing.

"Jadi bagaimana pula dengan fenomena ini jika berlaku di Malaysia? Adakah ia boleh diterima? Tidakkah keputusan untuk tidak memiliki zuriat ini bertentangan dengan tujuan nikah itu sendiri? Apa pandangan anda?" soalnya.

Menjengah ke ruangan komen, beberapa individu tanpa berselindung mengaku mereka turut mengamalkan perkahwinan childfree di negara ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita rindu tempat mengadu, suami dijemput Ilahi lepas 8 bulan tinggal sebumbung... Mahu ziarah pusara lepas habis idah

ARTIKEL BERKAITAN: Suami meninggal dunia selepas 20 hari ditidurkan... Isteri kering air mata, langsung tak menangis - “Saya nampak betapa sakitnya dia”

Menurut seorang wanita, dia dan suami bersetuju untuk tidak memiliki anak kerana mahu menjalani kehidupan bebas tanpa sebarang halangan.

"Aku dengan suami aku pun childfree. Sebab kami nak (terus) berpasangan apabila kahwin. Aku tak mahu korbankan masa kami rawat budak. Kami masih mahu tonton Netflix, bangun lambat dan melancong tanpa kekangan.

"Buat masa ni tak nak langsung. Kalau kaya boleh ambil bibik, suruh bibik jaga. Tapi tu pun tengoklah. Kalau dah tua, malas la. Penat nak bangun jaga anak.

WhatsApp Image 2024-06-06 at 1.56.51 PM

Kehadiran cahaya mata boleh menjadi penyeri dalam rumah tangga. -Gambar hiasan

"Saya tengok orang pun letih, inikan saya nak lalui. Silap hari bulan takut saya ni dera anak je. Jadi lebih baik begini. Suami pun sama jenis cepat serabut dengan budak," ujar wanita itu.

Beberapa individu lain turut menyuarakan pandangan bersetuju terhadap gaya hidup tanpa anak memandangkan kekangan ekonomi yang semakin mencabar hari ini.

"Saya childfree walaupun 17 tahun kahwin. Tiada penyesalan. Kami tak ada masa nak besarkan anak sebab sibuk.

"Saya dan suami juga memilih perkahwinan childfree.

"Untuk gen Z macam saya, okey je childfree. Sebab aku tahu kesabaran senipis kulit bawang," tulis beberapa netizen lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain