PELUANG pekerjaan yang banyak dan pelbagai di bandar membuatkan kebanyakan anak muda memilih untuk berhijrah. Bagaimanapun, adalah tidak wajar melabelkan golongan ini sebagai 'kacang lupakan kulit' kerana kebanyakan mereka akhirnya tetap memilih kampung halaman sebagai tempat persaraan. Hantaran seorang lelaki yang mempertikaikan kenapa anak muda di utara tanah air lebih gemar berhijrah ke negeri lain mendapat perhatian warga maya. Peluang pekerjaan di bandar lebih banyak dan pelbagai. -Gambar hiasan "Kenapa anak muda tidak suka kerja di Perlis dan memilih negeri lain seperti Pulau Pinang dan Selangor? "Sejauh mana peluang pekerjaan di Perlis?" ajunya di laman Facebook. Hantarannya itu membuatkan isu anak muda berhijrah menjadi topik hangat di platform media sosial berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Anak Selangor ‘terpaling Singapura’! Bangga tukar kerja gaji 3.5 kali ganda, puji melambung negara jiran ARTIKEL BERKAITAN: Terengganu makin moden, panggung wayang pun ada... Anak jati kongsi sebab tak ingin hijrah Rata-ratanya menyatakan peluang pekerjaan di negeri tersebut tidak banyak malah tidak sesuai untuk kelayakan akademik yang tinggi. "Bukan memilih tapi Perlis memang tidak ada peluang pekerjaan profesional. Cuba sesuaikan kerja apa untuk anak Perlis yang mempunyai kombinasi kelayakan seperti kejuruteraan struktur atau IT Consultant. "Peluang pekerjaan sini kurang sangat, contoh mudah penjawat awam ada 1,200 orang je. Terlampau berbeza dengan negeri lain yang anggaran 8,000. Warga maya memberi pandangan masing-masing. "Tak banyak peluang ada, kerja tu memang ada tapi bukan bidang yang dia mahu... lagipun dunia ni luas lagi nak teroka," ujar beberapa warga maya. Tidak kurang juga yang menjadikan isu kroni sebagai perkara utama untuk mencari pekerjaan di ibu kota. "Kalau duduk Perlis ni, tak ada 'kabel' jangan harap nak kerja. Semua anak beranak, adik-beradik dan saudara mara je... pusing mana pun mesti ada sangkut paut. "Kalau orang Perlis nak kerja kerajaan negeri kena ada kabel cekang (kuat). Anak tak konvo lagi dah dapat lapor diri," tambah segelintir netizen lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube