suria

Dulu nak lacur bini, kini gila talak! Lelaki ‘panas’ tengok bekas isteri bertunang, canang sana sini masih belum cerai

Setiap suami isteri yang sudah berpisah tidak patut bermusuhan dan membawa haluan masing-masing. -Gambar hiasan

SETIAP pasangan yang berkahwin pastinya tidak terlepas diuji dengan pelbagai masalah termasuklah kewangan, sikap pasangan mahupun campur tangan keluarga sehingga perkahwinan berakhir dengan penceraian.

Bagaimanapun, bagi seorang wanita, penceraian nampaknya tidak menyelesaikan masalahnya apabila mendakwa dia masih diganggu oleh bekas suami.

Menurut wanita yang tidak mendedahkan identiti dirinya itu, dia dan suami bercerai sekitar Mei 2020 gara-gara campur tangan keluarga mentua dalam urusan rumah tangga.

Bukan itu sahaja, masalah semakin teruk apabila si suami tergamak 'menjual' isteri sendiri demi wang.

stalkinh ex wife 2

Ada suami yang sanggup menjual maruah isteri demi wang. -Gambar hiasan

"Masa saya isteri dia, dia nak jadikan saya pelacur, itu pun lepas saya kena buang kerja disebabkan mak dia.

"Alasan nak lacurkan saya untuk tolong dia cari duit lebih bagi bayar rumah sewa.

"Dia juga pernah membuat akaun X hanya untuk melacurkan saya saja," dakwa wanita itu.

Menurut wanita berkenaan, setelah mereka berpisah bekas suami langsung tidak menghiraukan tentang kebajikan dan nafkah anak tunggal mereka.

Walaupun begitu, lelaki tersebut menjadikan birasnya sebagai mata-mata kerana dia tinggal hanya berselang beberapa buah rumah sahaja dengan kediaman keluarga wanita itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami ‘jual’ isteri di media sosial, tawar khidmat seks ketika hamil! Ada yang berminat, tapi nak tunggu perut besar sikit

ARTIKEL BERKAITAN: Dendam masih membara, wanita nak heret bekas suami ke muka pengadilan walau terbuka aib - “Dia pernah rogol saya”

"Lepas bercerai saya tinggal rumah ibu yang hanya selang dalam tiga atau empat buah rumah birasnya.

"Alasan dia gunakan biras itu untuk tengokkan saya... katanya senang ada mata-mata untuk bagi maklumat kalau apa-apa berlaku.

"Tapi pernah dia kacau saya berhari-hari, tunggu depan rumah sampai subuh kemudian mesej saya suruh buka pintu rumah dan macam-macamlah.

"Dia sendiri yang ceraikan saya tetapi sampai sekarang dia masih mengganggu saya dengan kata-kata yang kurang baik sampai menganggu ketenteraman saya," dakwanya lagi.

Tambah wanita itu bekas suaminya juga tidak memulangkan kad pernikahan mereka ke pejabat agama dan menggunakannya untuk meraih kepercayaan keluarga serta orang sekeliling bahawa dia masih lagi isterinya.

Dia juga pernah membuat akaun X hanya untuk melacurkan saya.

BEKAS ISTERI

Walaupun sering diganggu oleh bekas suami, dia masih mampu bersabar selama bertahun-tahun dan meneruskan kehidupannya seperti biasa.

Sehinggalah kini dia menjadi tunangan orang, keadaan menjadi bertambah buruk.

"Lepas sahaja dia tahu saya bertunang, lagi gilalah dia.

"Disebabkan mulut dia dan campur tangan ipar, saya dengan rakan sekerja bergaduh sampai ada yang cop saya menduakan suami.

"Dia sebar fitnah sampai saya kena buang kerja, masuk tempat kerja baru pun dia fitnah sehingga saya dipulaukan dengan rakan sekerja lagi," dakwa wanita itu.

Pandangan sebahagian netizen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dan dalam masa sama risau keselamatan wanita berkenaan.

Rata-rata memberikan nasihat supaya dia membuat laporan polis dan mengumpulkan seberapa banyak bukti.

"Simpan semua bukti lapor polis.

"Ex kau tu gila talak, kumpul semua bukti dan report pada polis.

"Jangan berdiam diri puan, up laporan polis tu dekat FB, tag sekali saudara mara dia," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain