JUJUR dan amanah merupakan sikap terpuji yang perlu ada dalam diri setiap insan. Apatah lagi bagi mereka yang berniaga, ciri-ciri itu amat penting agar pelanggan tidak dianiaya, malah rezeki yang diperoleh juga berkat dan halal. Di Facebook, seorang individu dikenali sebagai Redzuan Hassan turut berkongsi kisahnya yang bertemu dengan peniaga jujur ketika pergi ke sebuah kedai. Redzuan berkongsi pengalamannya itu menerusi Facebook. Menurut Redzuan, peristiwa yang membuka matanya itu berlaku ketika dia pergi ke kedai tersebut untuk membeli sotong. "Cerita dia, (sotong) dah timbang awal, harga RM33. Sampai dekat cashier dia suruh saya pergi timbang lagi sekali. Aku dah beratur panjang ni, kau suruh timbang lagi sekali. "Air banyak ni bang, buang air dulu baru timbang... kata cahsier. Saya macam wow. Nak tengok juga berapa harga air dalam plastik tu. Apa yang kita boleh belajar dekat sini, jadilah peniaga yang baik... barulah seronok pelanggan. REDZUAN HASSAN "Memang banyak pun air dalam plastik. Saya pun ikutlah arahan dia. Dah timbang semula, harga baharu RM30.80. RM2.20 juga air tu. Macam harga teh o ais," ujarnya berseloroh. Dalam perkongsiannya, Redzuan berkata dia membeli barang basah itu untuk dibuat sotong goreng kunyit. Dia turut memuji sikap juruwang di kedai berkenaan yang jujur terhadap pelanggan. ARTIKEL BERKAITAN: Musykil cara peniaga pasar berniaga! Potong ikan sorok-sorok, mungkin ‘rembat’ telur, seketul-dua isi dan jual semula ARTIKEL BERKAITAN: Gerai tak laku, peniaga bazar buat permintaan aneh... Persoalan terjawab selepas pelanggan datang sekali lagi esok hari "Nak masak goreng kunyit. Kalau saya ada kat rumah selalunya memang saya masak. Tapi tu la, jarang sebenarnya ada kat rumah. "Peniaga yang baik. Apa yang kita boleh belajar dekat sini, jadilah peniaga yang baik. Barulah seronok pelanggan," kongsinya lagi. Hantaran Facebook itu meraih lebih 600 tanda suka dan turut dibanjiri komen netizen. Netizen turut berkongsi tip mereka ketika membeli barang basah. -Gambar hiasan Malah, ada yang turut berkongsi tip bagi mengurangkan harga ketika membuat timbangan barang basah. "Elok beli udang dengan sotong, pilih letak dalam tapis atau raga dulu. Baru letak dalam plastik. "Biasa saya akan koyakkan hujung plastik untuk buang air sebelum pergi timbang. Walaupun masa cedok tu pakai penapis. "Saya akan koyakkan bucu plastik setiap kali beli sotong supaya airnya keluar. Lepas tu baru timbang," tulis pelayar Facebook. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube