LAMBAKAN kemasukan warga asing dalam negara menjadi salah satu punca timbulnya pelbagai isu berkaitan gejala sosial. Antara yang terpaksa berdepan dengan kerenah golongan ini adalah petugas barisan hadapan seperti doktor dan jururawat. Melalui satu hantaran di laman X, seorang doktor di sebuah klinik menceritakan pengalaman menjengkelkan ketika memeriksa pesakit warga asing. Menurut pegawai perubatan itu, pesakit berkenaan memberikan helah untuk mendapatkan sijil cuti sakit (MC). Klinik dibanjiri orang ramai untuk mendapatkan rawatan. -Gambar hiasan Malah suasana kecoh seketika apabila pesakit terbabit cuba 'berdrama' di dalam klinik untuk menagih simpati dan ihsan doktor. "Ada satu kisah lucu berlaku dekat klinik aku. Pekerja asing tantrum sebab nak MC lebih. Aku dah bagi sehari tapi dia nak lima hari. Aku tolak sebab tu dah melampau sangat. "Disebabkan permintaan tak dipenuhi, dia sanggup berbaring atas lantai dalam klinik ni, depan orang ramai konon-kononnya pengsan. Nasib baik waktu tu ada sekali dia punya mandur (pengurus), tegas sikit nak layankan perangai pekerja ni. ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan ‘ajar’ warga asing licik berniaga, berani label orang tempatan ‘tak sayang anak’ jika tak beli mainan ARTIKEL BERKAITAN: Ada masjid amal sikap pilih bulu layan tetamu datang iftar... Warga asing makan di ruang lain, bukan kariah disisih "Mandur terus cakap nak panggil polis, baru pekerja tu gelabah buka mata berlakon macam baru sedar. Penat la macam ni nak hadap. "Nasib baik dia pekerja asing yang sah, ada permit semua, kalau tak dah panggil imigresen," kata doktor itu meluahkan isi hatinya. Sekarang mereka (warga asing) dah naik lemak, ada sesiapa nak ajar mereka balik? PELAYAR Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya berkongsikan pengalaman serupa berurusan dengan warga asing yang banyak ragam. "Ya betul, golongan ni selalunya tak pandai cakap Bahasa Melayu kalau dekat luar, tapi bila nak minta MC terus mampu berceloteh. Deras sembangnya, sampai berbelit-belit. Warga maya bertukar pandangan. "Ada sekali tu saya dekat hospital, waktu tu ramai pesakit, tiba-tiba ada seorang warga asing ni buat perangai sebab tak dapat apa yang dia nak. Terus jururawat senior datang bagi teguran. "Dia cakap, disebabkan doktor tak boleh kesan sakit awak tapi awak keras kepala cakap masih sakit, kita akan panggil bomoh untuk tengok apa masalahnya. Bila dengar macam tu baru tahu takut, terus dia balik. "Tak faham betul kenapa masih ada yang nak pertahankan mereka ni, disebutkan hujah tentang kemanusiaan dan macam-macam lagi. Sekarang mereka dah naik lemak, ada sesiapa nak ajar mereka balik?" kata warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube