MEREKA yang baru bergelar bapa pastinya memerlukan masa bagi menyesuaikan diri untuk menjaga anak. Kesilapan demi kesilapan yang berlaku besar kemungkinan tidak dapat dielakkan kerana masih dalam fasa belajar. Bagaimanapun, melalui satu luahan tanpa nama di laman X, seorang wanita menzahirkan rasa terkilan selepas melihat suaminya cuai ketika diminta menjaga dan menguruskan anak. Seorang ibu pasti mahukan yang terbaik untuk anaknya. -Gambar hiasan Menurut wanita itu, suami seolah-olah bersikap sambil lewa dan acuh tak acuh apabila memegang anak kecil mereka yang badannya masih belum cukup kuat sepenuhnya. "Stres gila dengan suami saya. Dia membantu untuk jaga anak tapi jenis cuai tahap gila-gila. Apabila saya tegur, dikatanya saya meroyan. Padahal memang patut pun saya marah lepas apa suami buat. "Pertama sekali, waktu suami mandikan anak yang baru berumur setahun, dia boleh tinggalkan sekejap anak seorang diri sebab nak pergi buat kerja lain. Anak tu boleh dikira bayi lagi kot, apa yang kau biar dia macam tu je mandi. ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar ‘intern’ tengok depan mata staf pusat asuhan pukul budak! Dakwa anak kecil dipukul, disepak tanpa dosa ARTIKEL BERKAITAN: Nak beli baru harga ‘keras’, impian ibu miliki ‘stroller preloved’ berkecai - “Saya tak halal, dia aniaya anak istimewa!” "Ada sekali tu lagi saya geram, anak tengah duduk dalam kerusi bayi, boleh pula suami pergi makan tinggalkan anak macam tu je. Nasib baik saya cepat datang tengok, waktu tu anak dah keluar berdiri atas kerusi tu. "Bila-bila masa boleh jatuh, bahaya betul! Tak sayang nyawa anak ke?" kata wanita tersebut kecewa. Mungkin dia memang nak bagi sis angin supaya tak disuruh lagi untuk jaga anak. WARGA MAYA Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya berpendapat tindakan si suami sebagai disengajakan kerana mahu melepaskan diri daripada membuat kerja rumah. "Mustahil boleh culas sampai macam tu sekali waktu jaga anak, lagi-lagi bayi yang kita tahu perlukan perhatian sepanjang masa, cuba siasat sis. Mungkin dia memang nak bagi sis angin supaya tak disuruh lagi untuk jaga anak. Warga maya bertukar pandangan. "Ini dikira membantu ke, macam lagi menyusahkan je. Mesti tugasan lain dalam rumah seperti basuh pinggan dan susun barang dapur pun dia berat nak buat. Pastikan sis jangan ada anak lagi selepas ni, buat pening kepala je. "Tanggungjawab yang mudah untuk jaga anak pun tak boleh buat, macam mana la dengan tanggungjawab lain yang lebih berat. Gagal sebagai suami, setakat buat anak je tahu," kata sebahagian warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube