KEPUTUSAN Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dianggap menjadi penentu hala tuju kehidupan setiap remaja sebelum mereka melangkah ke alam dewasa. Di platform X, seorang remaja perempuan berkongsi kisahnya yang meraih keputusan 5C, 1D dan 1E dalam peperiksaan SPM yang didudukinya pada tahun lalu. Menurut gadis berusia 18 tahun itu, dia menjadi mangsa pilih kasih ibu bapanya, malah layanan yang diterima semakin teruk selepas kegagalannya dalam SPM. Pelajar yang gagal SPM tidak wajar dipandang rendah, apatah lagi oleh keluarga sendiri. -Gambar hiasan "Aku tak tahulah tapi kadang-kadang sedih bila ibu bapa lebihkan adik-adik. Aku selalu kena berkorban untuk adik-adik. "Kehidupan zaman kanak-kanak aku tak sama dengan adik-adik aku teringin nak rasa apa yang mereka rasa. Kemudian hari tu aku dapat 5C, 1D dan 1E masa SPM. "Mak ayah aku sikit pun tak ucap tahniah atau bangga sedangkan masa peperiksaan percubaan SPM semua subjek aku dapat gred G," ujarnya. Kalau boleh, sumpah aku tak nak jadi anak sulung. Sebab aku penat. GADIS PEROLEH SPM 5C Mennurut gadis itu, dia turut diperlekeh oleh ibu bapanya selepas gagal mendapat sebarang tawaran untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. "Orang luar boleh pula puji aku sebab aku dah buat yang terbaik. Aku sedih. Lepas keputusan permohonan UPU (Unit Pusat Universiti) untuk masuk universiti kena reject, lagi aku sedih. "Mereka kata keputusan aku bodoh, katanya memang tak ada harapan langsung nak belajar. Aku tak give up selagi keputusan rayuan tak keluar. ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar raih 6A 2B dalam SPM dedah punca ditolak masuk kelas paling belakang - “Mereka makan nasi, saya pun sama” ARTIKEL BERKAITAN: Sangat positif, tiada kekesalan! Remaja gagal semua subjek SPM beri sebab tak perlu risau, yang penting ada ‘progres’ "Tapi aku sedih sebab mak ayah tak beri sokongan. Kalau boleh, sumpah aku tak nak jadi anak sulung. Sebab aku penat. Semua benda aku kena korbankan untuk adik-adik," luah pengadu lagi. Di ruangan komen, seorang pelayar X turut memberi saranan agar gadis itu memilih bidang kemahiran sekiranya dia lemah dalam akademik. "Dik, jangan fokus institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) saja. Cuba mohon Giat Mara atau Politeknik. Mana tahu ada rezeki," tulis individu itu. Keputusan SPM menjadi penentu hala tuju pelajar untuk ke peringkat seterusnya. -Gambar hiasan Seorang lagi netizen turut memberi kata-kata semangat dan meminta gadis itu agar tidak pernah berputus asa dalam perjuangannya. "Tak ada nasihat sebab saya tak lalui kehidupan awak. Tapi tolong jangan putus asa. Jangan buat keputusan yang bodoh," tulis individu itu pula. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube