MEMILIKI kulit wajah yang cerah, halus dan berseri sememangnya idaman semua wanita. Justeru, tidak hairanlah ramai yang sanggup berhabis untuk melakukan rawatan di spa ataupun klinik kecantikan yang kini ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Tidak terkecuali buat seorang wanita ini yang mengambil pakej rawatan wajah bernilai lebih RM3,000 di sebuah spa Muslimah. Bagaimanapun menurutnya, dia mula berasa tidak sedap hati dan mendakwa menjadi mangsa penipuan kerana perlu membayar caj tersembunyi setiap kali melakukan rawatan di spa berkenaan. Terdapat banyak klinik yang menawarkan pakej rawatan wajah ketika ini. -Gambar hiasan "Bulan lepas saya buat facial di satu spa muslimah. Ada pakej facial murah dan scan muka serta consultation free. Apabila dia scan muka, dia cakap kondisi muka saya kusam, kering dan perlu rawatan lanjut. "Dia cadangkan buat pakej rawatan muka 17 kali, bayar sekali sahaja dalam lebih kurang RM3,500. Siap dapat skin care free. Saya pun berminatlah nak try pakej tu since dia cakap bayar sekali sahaja," kongsinya. Tambah wanita berkenaan, segala-galanya kelihatan meyakinkan sehinggalah dia mengunjungi spa berkenaan untuk melakukan rawatan susulan buat sesi kedua. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ikhtiar hamil minum air akar kayu kini sukar kencing! Perawat lesap, RM4,000 hangus ARTIKEL BERKAITAN: Dapat parcel nipis dan ringan, suri rumah senang ditipu bayar cara DFOD... Peniaga untung rating terus naik "Apabila kali kedua treatment, dia suruh beli produk untuk hilangkan jeragat. Saya tak nak. Treatment kali ketiga, dia pakaikan mask... tak cakap pun kena bayar. "Apabila nak balik tu dia baru cakap terpaksa bayar. Bayangkan satu mask pakai buang tu harga dia RM35. Ya Allah, terpaksa guna duit belanja sekolah anak. "Saya bengang sangat sekarang ni... nak pergi next treatment pun dah takut. Ada 10 kali lagi. Confirm datang nanti nak suruh beli benda lain pula. Saya rasa dah kena scam la," kongsinya lagi. Dalam bab ni awak kena berkeras sis. Kena bertegas. Awak mention dia awal-awal sebelum start treatment tu. NETIZEN Ujarnya, situasi tersebut membuatkan dia benar-benar menyesal apatah lagi sudah menghabiskan ribuan ringgit untuk melakukan rawatan wajah. "Dia tak cakap pun tiap kali treatment kena add-on charge. Sekarang saving saya dah guna separuh. Menyesal sangat tapi saya nak habiskan juga 10 kali treatment tu sebab dah bayar penuh. "Sekarang saya langsung tak happy. Tolong bagi pendapat, apa yang boleh dibuat kalau dia suka-suka tambah bayaran? Boleh report mana-mana tak, sebab saya dah cakap tak nak tambah apa-apa dan bayar apa-apa lagi," tulisnya meminta pandangan netizen. Hantaran wanita berkenaan di laman Facebook Peguam & Pengguna Malaysia meraih perhatian netizen dengan rata-ratanya tampil memberikan pandangan serta nasihat terhadap situasinya. Antara komen netizen terhadap perkongsian wanita berkenaan. "Dalam bab ni awak kena berkeras sis. Kena bertegas. Awak mention dia awal-awal sebelum start treatment tu. "Tegaskan hak anda. Dan ingatkan dia perjanjian awal. Diorang ni terlatih untuk putar-putar ayat, sebab tu saya memang tolak buat treatment Muslimah. "Ini memang modus operandi mereka. Sebab pekerja-pekerja ni meraih komisyen setiap produk yang mereka dapat jual. Start je duduk atas katil spa tu, cakap je saya tak nak tambah apa-apa servis," komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube