suria

Sedang angau bercinta, suami ‘warning’ isteri jangan ‘usik’ ex-GF! Ugut halau anak, mak mentua sakit keluar rumah

Seorang isteri ada pihak ketiga cuba mengganggu rumah tangganya. -Gambar hiasan

HATI isteri mana yang tidak sakit apabila rumah tangga yang pada asalnya bahagia terpalit dengan isu kehadiran orang ketiga.

Lebih menyakitkan hati apabila individu tak diundang itu rupa-rupanya mempunyai 'sejarah lama' dengan suami.

Begitulah luahan seorang wanita yang berkongsi tangkap layar mesej yang dihantar oleh perempuan lain yang didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya.

"Apa yang kau nak aku buat? Tinggalkan dia? Aku tahu, mestilah kau tak puas hati lagi. Tapi percaya aku dengan dia tak ada pun buat apa-apa sampai kau nak fikir bukan-bukan. Aku pun tak keluar dengan dia malam-malam.

"Tapi please, aku tak ambil dia daripada kau. Cara kami salah, tapi aku sayang dia. Tapi aku tak ambil pun dia daripada kau dan anak-anak kau," menerusi mesej yang dihantar menerusi aplikasi WhatsApp.

Mesej yang dihantar oleh bekas kekasih suami. Foto Facebook

Menerusi satu hantaran di grup Facebook, wanita berkenaan mendedahkan bekas kekasih kepada suaminya itu sebenarnya sudah berkahwin dan bergelar ibu.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami kerja kuat demi famili, gaji 40K tapi isteri 3 kali kantoi curang! Nafkah sebulan 8K, kemewahan bukan jaminan setia

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri tuntut cerai suami curang 8 kali siap langgan pelacur! Kenal lelaki baik ketika dalam idah, sayangnya dah ada isteri

"Dia isteri orang, ada anak. Ex suami masa zaman sekolah. Tiba-tiba sekarang datang balik dan cari suami, mungkin sebab dia ada masalah dengan suami dia.

"Suami pun melayan la dia. Kononnya dua-dua tak boleh move on, cinta pertama," katanya.

Jauh di sudut hati, wanita itu seboleh-bolehnya mahu mengakhiri perkahwinannya kerana tidak sanggup lagi menanggung derita.

Setiap pasangan mengimpikan perkahwinan yang bahagia. -Gambar hiasan

Namun malangnya, dia yang merupakan suri rumah mengakui kesan buruk sekiranya perceraian merupakan jalan terakhir.

"Nak failkan cerai, saya tak ada langsung tempat nak pergi. Tak ada kerja, tak ada duit. Dengan mak yang tak sihat, dengan anak-anak.

"Nak stay, hati dah sakit sangat and rasa diri ni bodoh pula. Boleh ke saman perempuan macam ni?

"Tapi saya tahu suami akan buang saya. Sekarang pun dah kena ugut. Kalau jumpa perempuan ni, dia nak halau mak, saya dan anak-anak," ujarnya yang buntu dengan nasib yang dihadapinya.

Murahnya maruah diri. Dah ada anak suami, masih lagi cari lelaki lain.

NETIZEN

Menurut wanita itu lagi, perubahan paling tidak disangka apabila suaminya membuat keputusan untuk membeli telefon bimbit baharu, dipercayai antara tujuannya untuk menghubungi bekas kekasih.

"Selama ni berkongsi satu phone je bertahun, semuanya okay. Baru seminggu lepas suami beli phone lain dan ya, cinta lama bertaut kembali," katanya.

ex suami 2

Pihak ketiga antara punca keretakan rumah tangga. -Gambar hiasan

Sebagai peringatan, menjalinkan hubungan sulit antara suami atau isteri orang adalah dilarang dalam Islam dan berdosa besar, maka semua perlu menjauhinya.

Menerusi ruangan komen, kehadiran bekas kekasih suami membangkitkan kemarahan ramai dan rata-rata netizen menzahirkan rasa simpati dengan wanita malang itu.

"Murahnya maruah diri. Dah ada anak suami, masih lagi cari lelaki lain.

"Sejenis perempuan 'lapar' kasih sayang. Ramai-ramai jantan anak teruna, duda, bujang terlajak. Dah bersuami pun, kenapalah suami orang juga dia nak kacau. Tak fikir ke dosa, pahala?

"Jantan kalau dah angau, memang sanggup buang anak bini sebab betina lain. Dia rasa beria sebab mereka belum duduk bersama. Esok kalau Tuhan dah bagi kifarah, tengoklah tak sampai sebulan pasti myesal sebab pilih jalan pentingkan diri," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain