suria

Guna raket pinjam, kasut buruk... Murid B40 menang badminton tapi tak diraikan akhirnya dapat perhatian

Nubhan mempunyai potensi cerah untuk menjadi pemain badminton dan mengharumkan nama Malaysia.

SEORANG kanak-kanak berusia lapan tahun meraih simpati netizen apabila dia tidak dipedulikan sesiapa selepas menang dalam satu pertandingan badminton di Tawau, Sabah.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah gelanggang badminton yang tular pada awal Julai, kanak-kanak itu meminta bantuan orang sekeliling untuk merakam gambarnya, namun dia tidak dipedulikan sesiapa.

Pada Jumaat, aktivis kebajikan, Adrian Edy bertemu dengan kanak-kanak yang dikenali sebagai Nubhan itu untuk memberi sedikit bantuan memandangkan dia dibesarkan dalam keluarga B40.

nubhan1

Rakaman CCTV menunjukkan Nubhan terpaksa merakam foto sendiri selepas permintaannya tidak dihiraukan orang sekeliling.

"Sebelum datang jumpa, Edy dah hubungi ayahnya. Nak tahu kehidupan mereka bagaimana. Ibunya kerja kerani, ayahnya pula kerja sendiri.

"Rupanya adik Nubhan pakai kasut lama ketika pertandingan badminton tempoh hari. Kasut yang dipakai adalah pemberian orang.

"Raket yang digunakan pun dipinjam daripada kakaknya. Tapi dalam pertandingan itu, adik Nubhan berjaya dapat naib johan dan menang hamper," ujar Edy ketika dihubungi mStar.

Dia menjadikan Datuk Lee Chong Wei sebagai idola dan memang bercita-cita nak jadi pemain badminton apabila dewasa.

ADRIAN EDY

Menurut Edy, dia juga simpati menonton video tular itu memandangkan permintaan kanak-kanak itu yang mahu merakam gambar untuk dijadikan kenangan tidak dipedulikan orang sekeliling.

Dalam pertemuan itu, Edy turut membawa beberapa hadiah untuk diberikan kepada Nubhan, sekali gus dapat meniup semangatnya untuk terus bermain badminton.

"Masa jumpa di gelanggang tu, dia agak terkejut. Saya hadiahkan dia kasut, stokin, baju yang dicetak nama Nubhan serta raket badminton.

ARTIKEL BERKAITAN: Air mata bakal atlet negara! Remaja miskin berlatih pakai kasut buruk, pinjam raket kawan... Ibu minta lupakan sukan badminton

ARTIKEL BERKAITAN: Hebat walau pakai kasut getah RM9! Murid miskin punya bakat bola sepak luar biasa, harap dapat masuk akademi JDT

"Dia sangat terharu, siap cakap mesti raket ini mahal, harga ratus-ratus, raket untuk orang pro. Saya bersyukur dapat gembirakan adik Nubhan.

"Semoga dia terus bersemangat, dia pun ada beritahu yang dia menjadikan Datuk Lee Chong Wei sebagai idola dan memang bercita-cita nak jadi pemain badminton apabila dewasa sehingga dapat mengharumkan nama negara," ujar Edy lagi.

Dalam pada itu, Edy turut berkongsi beberapa foto serta video sekitar pertemuan itu.

nubhan3

Nubhan menerima hadiah daripada Adrian Edy pada Jumaat.

Ramai netizen turut menitipkan ucapan terima kasih kepada Edy atas kesungguhannya dalam membantu kanak-kanak itu.

"Kenapa video ni jadi sedih. Semoga adik Nubhan jadi pemain badminton Malaysia suatu hari nanti.

"Moga ada Nubhan dapat bawa kembali Piala Thomas buat Malaysia.

"Fuh raket Yonex, bukan kaleng-kaleng. Beruntung adik Nubhan," tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain