suria

Bapa terkilan anak masuk politeknik, dapat ‘dekan’ tetap kena sindir! Bekas pelajar kelas depan mula ragu teruskan pengajian

Setiap pelajar mengimpikan pengajian di universiti. -Gambar hiasan

SEORANG pelajar meluahkan rasa kecewa apabila keputusannya yang mahu melanjutkan pengajian ke sebuah politenik mendapat tentangan keluarga.

Menerusi perkongsian di laman X, pelajar itu memaklumkan bahawa ibu bapanya tidak bersetuju dengan pilihannya sehingga berlaku perselisihan faham antara mereka.

"Saya budak aliran Sains Tulen, keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 6A. Harap dapat (tawaran) Asasi, sebab ia fast track. Tapi dapat diploma.

Education Minister visiting schools on SPM results release day. SMK Sultan Abdul Aziz Shah (Integrasi). — YAP CHEE HONG/The Star

Lepasan SPM mempunyai pilihan untuk menyambung pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT). -Gambar hiasan

"Jadi saya terima politeknik sebab suka belajar cara hands-on. Lagi pun saya bukan pandai sangat. Mak ayah saya kecewa gila dengan keputusan saya nak masuk politeknik.

"Bergaduh setiap hari, siap cadangkan masuk universiti swasta dan ambil pinjaman. Saya tak nak berhutang. Salah ke? Akhirnya bapa kata suka hati kaulah," luah pelajar itu pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar raih 6A 2B dalam SPM dedah punca ditolak masuk kelas paling belakang - “Mereka makan nasi, saya pun sama”

ARTIKEL BERKAITAN: Dapat 5C dalam SPM, permohonan UPU gagal... Gadis sedih mak ayah anggap diri bodoh, patut bangga sebab ‘result’ percubaan lebih teruk

Bercerita lanjut, bapanya juga tidak mempedulikan tentang urusan pendaftaran serta kemasukannya ke politeknik gara-gara kecewa dengan pilihan yang dibuatnya.

"Daftar semester satu, mak teman. Bapa tak peduli langsung. Bagi duit je, tak tanya khabar. Terluka hati saya. Bapa macam tak restu masuk politeknik.

"Dia kata saya buang masa belajar benda basic dengan budak sisa-sisa yang tak layak masuk universiti. Dia anggap politeknik pilihan kelas belakang. Saya dulu kelas depan," ujarnya.

Dia kata saya buang masa belajar benda basic dengan budak sisa-sisa yang tak layak masuk universiti.

PELAJAR POLITEKNIK

Walaupun mendapat tentangan, dia tetap meneruskan pengajian dan berjaya memperoleh keputusan peperiksan semester pertama dengan cemerlang.

Namun pencapaian itu masih belum dapat mengubah pendirian bapanya.

"Semester pertama dapat dekan dengan cemerlang. Mak ucap tahniah. Bapa kata kalau dapat keputusan 3.9 kat Asasi kan lagi bagus. Kalau dia call, mesti sindir-sindir.

"Dia ungkit tentang Asasi. Hampir gila saya setiap malam fikir benda ni masa semester satu," luahnya lagi.

Students is seen looking for the revision books at the KL International Book Fair at WTC KL on May 31 for story on SPM students are not further their studies.—AZMAN GHANI/The Star

Ibu bapa berbangga dengan anak-anak yang memperoleh keputusan cemerlang. -Gambar hiasan

Ekoran tekanan berterusan bapanya, pelajar itu berkata, dia mula meragui dengan pilihannya meskipun bakal memasuki pengajian semester tiga tidak lama lagi.

"Dua minggu lagi saya daftar semester tiga. Kisah sama akan berulang. Bapa akan terus salahkan saya. Saya tahu dia kecewa saya lambat sambung ijazah berbanding orang sebaya saya.

"Saya harap abang, kakak alumni politeknik bagi motivasi untuk saya dalam semester seterusnya. Saya betul-betul perlukannya. Saya buntu.

"Tak tahu cara apa lagi nak meyakinkan bapa yang politeknik ni okay, boleh sambung ijazah dan sebagainya," luahnya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain