suria

Rider selamba batal order pelanggan RM129, tauke bengang kedai makan dikata tutup! - “Jangan borak bab tutup periuk nasi”

Pesanan yang sudah disiapkan restoran (kanan) namun tidak diambil rider. -Gambar hiasan (kiri)

BERDEPAN dengan pelbagai kerenah pelanggan antara cabaran yang terpaksa dihadapi pengusaha kedai makan.

Namun, lain pula yang berlaku apabila seorang pemilik restoran meluahkan kekecewaannya terhadap sikap seorang pekerja penghantar makanan (rider) yang tidak amanah menjalankan tugas.

Berkongsi pengalaman, pemilik restoran tersebut mendakwa, pihaknya menerima tempahan makanan daripada pelanggan menerusi sistem khidmat penghantaran makanan.

Dia bagaimana terkejut apabila status pesanan tersebut 'batal', sedangkan makanan yang dipesan sudah disiapkan.

rider 1

Tangkap layar pesanan seorang pelanggan yang dibatalkan oleh rider berkenaan.

"Supervisor (penyelia) telefon pelanggan. Encik, maaf, kami dari restoran ******. Boleh kami tahu, kenapa encik batalkan order ya? Order dah siap encik.

"Pelanggan jawab, eh tak... rider yang batalkan. Lama juga saya tunggu makanan. Check balik handphone saya, rupanya cancel," ceritanya.

Menurut pemilik restoran itu, penyelia premisnya kemudian menghubungi rider yang sepatutnya menghantar pesanan makanan untuk mendapatkan kepastian.

ARTIKEL BERKAITAN: Rider joli duit ikan! Hilangkan diri lepas ambil wang tunai daripada pelanggan... Akhirnya serah diri lepas syarikat ‘call’ isteri

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar jadi ‘rider’ separuh masa mengadu penat, cemburu tengok kawan hidup senang - “Saya kena bersusah payah”

"Rider jawab, tak apa bang... nanti ada rider lain datang ambil.

"Supervisor beritahu kepada dia semula, ini cancel bang, bukan rider lain pick-up. Ni abang yang cancel kan.

"Tiba-tiba panggilan diputuskan. Supervisor telefon semula, pun diputuskan lagi," ujarnya mengimbas kembali perbualan tersebut.

RIDER 2

Khidmat penghantaran makanan yang meliputi banyak kawasan memudahkan pelanggan. -Gambar hiasan

Tidak berputus asa bagi mengetahui cerita sebenar, jelasnya, penyelianya menghubungi perkhidmatan pelanggan di ibu pejabat (HQ) syarikat penghantaran makanan terbabit, yang akhirnya menjawab teka-teki mengenai kejadian sebenar.

"Jawapan HQ mudah, rider take noted dekat sini, kedai encik tutup ni. Dia bagi gambar pintu bertutup. Pintu warna hitam ada gril.

"Hahaha. Bijak rider, gambar pintu sebelah kedai kami yang bertutup diambil gambarnya.

"Periksa CCTV, dia singgah saja. Periksa CCTV, dapur makanan siap tak sampai 15 minit," kongsinya.

Ini macam pun ada ke? Lepas tu jangan sembang tak ada job, tak ada duit.

NETIZEN

Tidak mempunyai pilihan, pemilik restoran itu berkata mereka terpaksa melaporkan dan membuat aduan kepada ibu pejabat syarikat penghantaran makanan yang terbabit.

"Maaf, kami terpaksa report rider. Jangan borak bab tutup periuk nasi. Kedai kami dia boleh buat. No wonder kedai lain pun entah buat perangai sama. Kesian peniaga.

"Kami akan follow-up juga dengan HQ sama ada tindakan dah jalan ke tak," kongsinya lagi.

Menerusi hantaran tersebut, dia turut memuat naik gambar makanan yang ditempah pelanggan berkenaan beserta resit tempahan yang berjumlah RM129.90.

komen rider

Netizen turut meluahkan rasa simpati terhadap pemilik restoran.

Di ruangan komen, rata-rata warga maya mengecam sikap rider berkenaan yang disifatkan sebagai merosakkan imej pekerja syarikat penghantaran makanan gara-gara sikapnya tidak amanah.

"Ini macam pun ada ke. Tinggal ambil dan hantar, settle. Lepas tu jangan sembang tak ada job, tak ada duit.

"Geram betul dengan rider macam ni. Yang biadapnya tak usah cakaplah. Dia ingat kita (tukang masak) ni duduk relaks ke dekat dapur.. Sedap dia je nak cancel order orang.

"Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain