suria

Didiagnos 3 penyakit mental... Pemuda pulih diri sendiri tanpa makan ubat, tak pergi klinik - “Sakit ni ciptaan fikiran aku je”

Segelintir pesakit mental berdepan dengan stigma daripada masyarakat sekeliling. -Gambar hiasan

STIGMA kebanyakan orang terhadap pesakit mental membuatkan tidak ramai daripada golongan ini terbuka untuk berkongsi mengenai status kesihatan diri.

Bagaimanapun lelaki ini tidak segan berkongsi di media sosial mengenai kisah dan perjalanan hidupnya sebagai seorang pesakit mental, yang mana dia kini beransur pulih daripada penyakit yang dihidapinya.

Menurut lelaki itu yang menggunakan akaun @ikhwanhafezullah di laman TikTok, dia pada mulanya kerap mengalami serangan panik (panic attack) sebelum mengambil keputusan untuk merujuk masalahnya ke klinik psikiatri.

"Aku telah dirujuk ke klinik psikiatri dan disahkan ada Major Depressive Disorder (MDD) dan anxiety. Macam biasalah, tiap kali TCA (temujanji), mesti ada 'jajan' (ubat).

"Keadaan masa tu memang sakit sangat, down, hilang harapan, hilang keyakinan diri, stres, nak mati, sedih, menangis tiba-tiba, nampak bayangan, dengar bisikan, suicidal thoughts, asingkan diri dan macam-macam lagilah.

"Sampailah satu hari, cubaan bodoh tu hampir menjadi realiti. Lepas daripada itu, tambah satu lagi diagnos... bipolar pula," kongsinya.

MENTAL 1

Pesakit mental memerlukan sokongan daripada orang sekeliling. -Gambar hiasan

Menurutnya, selepas pulih daripada kejadian cubaan untuk bunuh diri, dia perlahan-lahan menyedari bahawa penyakit mental yang dideritainya hanya 'ilusi'.

Pada peringkat permulaan cubaan untuk mengawal penyakit, lelaki tersebut memutuskan untuk berhenti mengambil kesemua ubat ubatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki dedah buat silap besar dalam hidup, merana kahwin isteri sakit mental... Menyesal tak buat ujian psikiatri dulu

ARTIKEL BERKAITAN: Mental sedikit goyah gara-gara mulut ibu... Individu ini cuba bertahan, asyik disindir dapat SPM 10A tapi gaji kecil

"Ubat-ubat tu memang sangat membantu bunuh perasaan negatif, tetapi ubat-ubat tu juga membunuh perasaan positif.

"Lepas daripada itu, aku terus stop pergi klinik psikiatri. Aku yakin yang sakit ini memang ciptaan fikiran aku saja. Jadi aku ambil pendekatan untuk terus pandang ke depan.

"Mula-mula tu agak susah juga nak yakinkan diri sendiri, tapi tetap juga usaha. Aku baru sedar bahawa dah banyak sebenarnya waktu yang aku rugi sebab hidup macam zombie, tak ada usaha untuk keluar daripada kepompong pemikiran sendiri," kongsinya panjang lebar.

Betul... makan ubat, hidup dah macam zombie. Nak kerja pun susah.

NETIZEN

Beberapa minggu melalui waktu yang sukar kerana mengalami kesan sampingan akibat berhenti mengambil ubat secara mendadak, namun dia berjaya melaluinya berkat keyakinan diri.

"Sekarang Alhamdulillah, aku kembali normal... dah ada perasaan lain selain sedih.

"Bagi aku, yang penting adalah kita tahu apa yang trigger kita dan tahu cara untuk mengawal selain daripada bergantung kepada ubat.

"Take note, aku bukan nak condemn ubat atau klinik psikiatri ya. Aku cuma bercerita ini adalah cara aku, yang mana aku berjaya pulih. Kehidupan aku pun dah improve sangat berbanding dulu.

"Kepada semua mental fighter, teruskan berjuang. Cari jalan untuk lawan dan percayalah, memang nikmat jika anda temuinya," akhirinya.

KOMEN MENTAL

Sebahagian komen netizen terhadap perkongsian individu berkenaan.

Perkongsian lelaki berkenaan meraih sehingga melebihi 80,000 jumlah tontonan.

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan perkongsian kisah lelaki berkenaan, malah ada yang turut berkongsi perjuangan masing-masing bagi memberikan inspirasi buat pejuang pesakit mental untuk sembuh.

"Sama... saya ambil supplement dan ubah pemakanan. Alhamdulillah, berkurang tatkala saya fikir tiada lagi jalan untuk sembuh.

"Serius, penyakit mental memang menyakitkan. Kita kena keluar daripada situasi yang sakit tu. Saya macam awak, berhenti rujuk psikiatri dan Alhamdulillah, kini bertambah baik.

"Betul... makan ubat, hidup dah macam zombie. Nak kerja pun susah. Saya pun stop makan ubat dan cuba kawal diri sendiri," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain