suria

Dapat isteri pemalas, suami tercari-cari kemanisan rumah tangga... Setiap hari bangun lewat, ‘berkira’ beri layanan batin

Komunikasi adalah salah satu kunci kebahagiaan pasangan suami isteri. -Gambar hiasan

LAYANAN serta sikap yang dipamerkan terhadap pasangan masing-masing menjadi salah satu kunci kebahagiaan rumah tangga.

Sebagai contoh, seorang isteri sewajarnya mentaati serta menghormati suaminya yang sudah penat mencari rezeki selain membantu menguruskan rumah tangga, memasak dan sebagainya.

Dalam satu hantaran yang tular di laman Facebook, seorang lelaki berkongsi luahan hati mengenai sikap isteri yang didakwanya tidak hormat kepada dirinya.

"Normal ke kalau pagi-pagi korang nak pergi kerja, bini masih lagi tak bangun tidur? Hampir setiap hari. Subuh? Jenuh nak suruh bangun. Hari minggu pun sama je," ujarnya.

Menurut individu berkenaan, dia dan isterinya sudah tiga tahun mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang anak berusia dua tahun.

BINI 1

Suami isteri perlu bertolak ansur dalam rusan kerja rumah dan menjaga anak. -Gambar hiasan

Tambahnya, si isteri merupakan seorang suri rumah dan sepatutnya cekap menguruskan soal rumah tangga.

Namun dakwanya, kebanyakan tugas di rumah terpaksa dilakukan olehnya selepas pulang bekerja.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri hidup bergelumang maksiat, mengaku janda demi cinta 10 lelaki! Makin naik kepala dapat suami ‘terpaling’ sabar

ARTIKEL BERKAITAN: Suami kerja kuat demi famili, gaji 40K tapi isteri 3 kali kantoi curang! Nafkah sebulan 8K, kemewahan bukan jaminan setia

"Balik je kerja, anak dekat rumah, aku yang banyak uruskan. Bagi susu, basuh botol, cebok berak, mandikan, tukar baju pampers aku yang banyak buat. Tidurkan anak pun aku yang buat. Bini aku cuma uruskan makan pakai anak.

"Masak untuk aku dekat rumah pun jarang-jarang, banyak beli makanan luar je. Dia pun jenis tak pandai nak berdikari sangat, lesen kereta motor pun tak ada, banyak benda mengharapkan aku yang buat," kongsinya lagi.

Bab solat dan agama kena tegas. Biarlah dia kena buat dalam keadaan terpaksa.

NETIZEN

Sudahlah kerja rumah pun dibuat ala kadar, tambah individu berkenaan, isterinya juga tidak mengambil endah soal layanan di bilik tidur.

"Masa bersama? Dua, tiga kali je sebulan boleh dapat. Jujur cakap, aku ni bertahan sebab fikirkan anak je, kalau takde anak mungkin aku dah angkat kaki.

"Aku tak tahulah macam mana lagi nak ubah perangai dia. Nak ajak dia solat jemaah sekali pun punya la payah. Baru tiga tahun geng, bertahun-tahun lagi nak kena tempuh ni. Aku rasa stres, rasa tak seronok nak hidup macam ni.

"Aku tak minta apa pun, aku cuma impikan seorang isteri yang boleh hormat dan layan aku selayaknya sebagai seorang suami. Itu sahaja," luahnya.

KOMEN BINI

Sebahagian pandangan netizen terhadap perkongsian lelaki berkenaan.

Perkongsian individu berkenaan mengundang simpati warga maya yang rata-ratanya melontarkan nasihat untuk memulihkan kembali rumah tangganya.

"Aku rasa kau berlembut sangat dengan bini. Kau tengking sikit bagi dia sedar. Cakap kalau tak berubah, hantar dekat ibu bapanya.

"Bawa isteri bercuti pun salah satu cara untuk baiki.

"Bab solat dan agama kena tegas. Biarlah dia kena buat dalam keadaan terpaksa, InsyaAllah lama-lama dia akan rasa lain bila tak solat," komen beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain