PERBELANJAAN perlulah mengikut kemampuan sebagaimana peribahasa 'ukur baju di badan sendiri'. Begitulah yang dilakukan wanita ini apabila dia menyuarakan hasrat untuk membelikan kereta terpakai jenis Perodua Viva bagi memudahkan urusan adiknya membawa ibu ke klinik. "Aku hubungi mak dan cakap nak belikan Viva yang second hand. Saiz Perodua Viva adalah lebih kecil dan mudah dikendalikan. -Gambar hiasan "Nak senangkan adik aku hantar mak pergi klinik sebab kereta adik rosak," ujarnya memulakan cerita. Menurutnya, apa yang lebih menggembirakan adalah ibunya turut bersetuju dengan cadangan berkenaan. Bagaimanapun, dia terkejut apabila ibu tiba-tiba menghubunginya dan memberitahu telah berubah fikiran berhubung cadangan yang diberikan. ARTIKEL BERKAITAN: Anak sulung rasa tak dihargai! Banyak korban masa, cari duit untuk senangkan famili akhirnya dicop andartu oleh adik-adik ARTIKEL BERKAITAN: Kerja di Jepun, anak sulung ‘merajuk’ dah tak nak balik Malaysia! Letih tanggung 4 adik bermasalah, tak kenang budi Jelas wanita ini, ibunya bukan sahaja meminta dia membelikan kereta baharu, malah turut menyatakan model kereta idaman. "Mula-mula mak aku okay, tiba-tiba semasa aku tengah kerja, mak WhatsApp cakap nak (Proton) X50. "Terkejut aku, mana nak cekau (dapatkan) duit deposit. Kemudian aku tanya siapa yang suruh, rupanya abang ipar cakap 'baik terus belikan kereta baru'," luahnya sayu. Mak ayah biasa tak akan minta benda megarut begini, silap-silap X50 pun mak tak tahu kereta macam mana. WARGA MAYA Tambah wanita ini, abang ipar dan kakaknya tinggal bersebelahan dengan rumah ibunya yang turut berkongsi cerita tentang pembelian Viva dan mendapatkan pandangan. Dia yang terkilan dengan permintaan tersebut, kemudian meminta supaya ibunya mendapatkan bantuan daripada abang ipar untuk membeli model X50. "Akhirnya aku cakap pada mak, kalau nak X50, suruhlah abang ipar belikan. Pandai-pandai je suruh aku belikan. "Mesti abang ipar yang nak lenjan kereta tu," sindirnya lagi. Antara komen netizen pada hantarannya. Hantaran yang dibuatnya itu mendapat perhatian warga maya. Ramai yang bersimpati dengan wanita ini kerana mempunyai abang ipar yang tidak tahu menghargai pengorbanan adik beradik. "Tak beragak minta X50 terus... bulanan dah 1k++ (lebih RM1,000). Elok-elok nak tolong belikan kereta Viva mesti terus tak jadi, geram punya pasal. "Abang aku gaji 5k (RM5,000) pun dia masih cakap tak mampu nak beli X70. "Mak ayah biasa tak akan minta benda mengarut begini, silap-silap X50 pun mak tak tahu kereta macam mana... mak mentua saya kalau nak check kat klinik atau hospital mesti suruh bawa kereta kecil, senang parking katanya. "Jauh beza nak 'baik beli' pun... kalau Axia baru ke boleh juga terima akal," ujar beberapa warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube