WANITA dan kecantikan cukup sinonim dan ia perlu dinilai secara luaran dan dalaman. Maka tidak hairanlah ada yang sanggup berhabis duit untuk menjadikan wajah mereka bertambah seri. Seperti seorang gadis ini, dia begitu taksub untuk kelihatan cantik sehingga melakukan rawatan laser pada wajah. Bekerja untuk menyara kehidupan dan membayar komitmen bulanan. -Gambar hiasan Namun di sebalik ketaksuban itu, gadis berusia 24 tahun itu akui bimbang dengan tahap kewangannya kerana tidak mempunyai simpanan setiap bulan. "Normal ke tak ada simpanan pada usia ni? Gaji bersih RM1,800 tapi saya tak ada simpanan, tak ada langsung. "Duit gaji saya habis (bukan semua) untuk komitmen kecantikan bulanan. Saya buat rawatan laser. ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda cuba bertahan, gaji tinggal RM50 demi hobi orang kaya... Lupa diri ‘angkat’ BMW superbike walau gaji hanya 6k ARTIKEL BERKAITAN: Gadis sampai terlompat-lompat dapat tahu BF gaji RM12k kerja di Singapura! Tapi ramai kaki ‘cucuk’, syak hantaran naik harga "Saya fikir tak ada komitmen dewasa ni la nak buat semua benda ni. Teruk sangat ke mindset saya? Saya bayar ansuran jadi habis bayar Ogos nanti," katanya. Selain rawatan kecantikan, komitmen bulanan yang perlu ditanggungnya adalah bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan minyak kereta. Selain rawatan kecantikan, komitmen bulanan gadis itu pada minyak kereta dan bayaran balik pinjaman PTPTN. -Gambar hiasan Menerusi luahan di laman X, dia bagaimanapun tidak menjelaskan tentang bayaran ansuran bulanan kereta, kemungkinan kenderaan yang digunakan adalah milik ibu bapanya. Walaupun bimbang tidak mempunyai simpanan bulanan, namun dia akur rawatan kecantikan setiap bulan amat dititikberatkan. Ukur baju di badan sendiri... tak payah buat rawatan sana sini kalau duit cukup makan je. NETIZEN "Kadang saya risau juga tak ada simpanan, tapi pada masa sama YOLO (you only live once atau hidup ini hanya sekali)," katanya lagi. Menerusi ruangan ciapan balas, rata-rata netizen menyifatkan dengan gaji sebanyak itu pada usia masih muda, adalah normal sekiranya tidak mempunyai simpanan mencukupi. Ramai bimbang tidak mempunyai simpanan mencukupi. -Gambar hiasan Sebaliknya, mereka lebih terkejut dalam ketiadaan simpanan, gadis itu masih mampu berbelanja besar bagi mendapatkan rawatan kecantikan. "Ya, gaji RM1,800 tu kecil tapi untuk awak, kena tahan nafsu dekat komitmen kecantikan. Nak berhibur boleh, tapi naikkan gaji baru ada duit lebih. "Komitmen kecantikan? Kelas kau, gaji kecil tapi taste tinggi. Buatlah bajet setiap bulan nak simpan dan komitmen berapa. Selepas tu barulah guna duit yang lebih untuk buat apa-apa saja. "Ukur baju di badan sendiri. Tak payah nak buat rawatan sana sini kalau duit cukup makan je. Akak pun komitmen kecantikan cuma produk penjagaan kulit je. "Tak salah nak bayar untuk rawatan kecantikan. Tapi kena ada simpanan juga. Janganlah awak habiskan semua untuk satu benda je, atau mungkin awak perlu cari pendapatan sampingan untuk tampung kos rawatan kecantikan awak," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube