suria

Kawan baik menangis tepi pusara Nur Farah Kartini, ramai sayu kenang video mesra makan mi sama-sama

Ramai bersedih dengan kejadian tragis menimpa Nur Farah Kartini.

JENAZAH graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Nur Farah Kartini Abdullah yang disyaki mati dibunuh, selamat dikebumikan pada Khamis.

Semestinya pemergian ini merupakan suatu perkara sukar untuk diterima oleh ahli keluarga, sanak saudara termasuklah insan-insan yang rapat dengan arwah yang berasal dari Miri, Sarawak itu.

Selesai pengebumian, tular satu rakaman video menunjukkan kenalan rapatnya, Dayang, menangis di tepi pusara wanita itu di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nyiur Manis, Pekan, Pahang.

"Al-Fatihah buat Nur Farah Kartini. Alhamdulillah jenazah arwah selamat dikebumikan.

"Semoga rohnya bersama-sama insan-insan terpilih berada di syurga teratas," tulis seorang individu lain pada video dimuat naik di TikTok.

Tangkap layar video dikongsikan di YouTube Farah.

Dalam video berkenaan, kelihatan Dayang memegang tanah di pusara Nur Farah Kartini sambil meratap seolah-olah tidak percaya dengan pemergian temannya itu.

Tidak lama selepas itu, Dayang didatangi oleh dua wanita cuba menenangkan dirinya sambil mengusap bahagian belakangnya.

Jika diteliti di ruangan komen, rata-rata netizen mengenali Dayang berdasarkan video yang dimuat naik di akaun YouTube milik arwah pada 20 November 2020.

"Ni akak yang buat video mukbang dengan Farah.

"Ni kawan arwah yang sama-sama buat video dekat YouTube. Al-Fatihah untukmu Nur Farah Kartini.

ARTIKEL BERKAITAN: Beg tangan dipercayai milik Nur Farah Kartini pula ditemui di lokasi kedua

ARTIKEL BERKAITAN: Jenazah Nur Farah Kartini selamat dikebumikan, ratusan hadir beri penghormatan terakhir

"Ni kawan arwah yang di dalam video mereka makan ramen ghost pepper tu. Mesti kawan dia rindu arwah. Semoga roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman," komen beberapa netizen.

Menerusi video berjudul Mee Ghost Pepper & Cola ini, Farah dan Dayang makan makanan pedas berkenaan bagi menyahut cabaran Ghost Pepper Challenge.

Dalam rakaman berdurasi 13 minit 50 saat itu, jelas kelihatan kemesraan dua individu ini sambil menahan rasa pedas.

Hantaran di TikTok yang meraih 1.3 juta jumlah tontonan itu juga mendapat pelbagai reaksi netizen.

Rata-ratanya memahami kesedihan yang dirasai Dayang.

Sebelum ni aku tak kenal pun Nur Farah Kartini. Tapi dengan apa yang jadi kepadanya. Aku rasa kehilangan.

NETIZEN

"Bukti persahabatan mereka real. Kawan-kawan, famili, orang tak kenal dia semua mendoakan dia. Al-Fatihah Cikgu Farah Kartini.

"Sebelum ni aku tak kenal pun Nur Farah Kartini. Tapi dengan apa yang jadi kepadanya. Aku rasa kehilangan. Seolah-olah aku kenal dia. Tersentuh hati ni. Selamat berehat di negeri abadi," komen netizen lagi.

Allahyarham Nur Farah Kartini selamat dikebumikan pukul 5.20 petang pada Khamis selepas jenazah dibawa dari Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh, Selangor.

Ratusan orang yang terdiri daripada ahli keluarga, rakan serta kenalan hadir memberikan penghormatan terakhir kepada arwah.

Nur Farah Kartini, 25, dilaporkan hilang pada 10 Julai lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan.

Komen netizen di TikTok.

Mayatnya kemudian ditemukan dalam ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, dekat Felda Gedangsa, Hulu Selangor, pada Isnin.

Susulan itu, seorang lelaki yang merupakan anggota polis berpangkat Lans Koperal ditahan bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan ke atas lelaki berusia 26 tahun itu.

Selain itu, dia juga direman selama tujuh hari sehingga 22 Julai bagi membantu siasatan lanjut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain